Home / Hebahan / Persidangan Intelektual Dan Bengkel Graduan Muda

Persidangan Intelektual Dan Bengkel Graduan Muda

12873528_1124997194191396_1725771846_o

 

 

PERSIDANGAN INTELEKTUAL NEGERI SEMBILAN

DAN BENGKEL SISWAZAH MUDA

18-20 Mac 2016

Dewan Seminar Teratak Za’ba, Jempol, Negeri Sembilan.

 

  1. Pengenalan

Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) dan Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) menyediakan ruang kepada golongan intelektual setempat untuk bergiat dalam pelbagai isu-isu keilmuan tempatan. Hal ini penting supaya golongan ini dapat mengambil cakna mengenai persoalan sejarah, ketamadunan, pendidikan dan pembangunan tempat mereka berasal dan lebih penting ianya dapat menjadi  instrumen untuk menyalurkan kegiatan ilmiah apabila turun kepada masyarakat awam. Di samping itu, supaya hal-hal yang bersifat setempat sentiasa diperkatakan dalam lapangan kajian mereka yang banyak lagi perlu di gelintar dan kemudian di arus perdanakan. Maka, program ini diatur demikian rupa supaya dapat menerbitkan sikap kesalingan antara golongan intelektual untuk berbakti kepada masyarakat mereka dan mendekatkan perbincangan ilmiah dengan masyarakat awam. Semoga ianya menjadi batu-bata kepada pembinaan generasi yang cintakan kepada kegiatan ilmu dan membudayakannya sebagai teras masyarakat bertamadun.

Pihak penganjur telah mengenal pasti para pembentang dan intelektual yang dapat mewakili pelbagai bidang untuk membentangkan kertas kerja dan menyampaikan wacana mereka.

Program berbentuk persidangan ilmiah ini membariskan ilmuan Negara untuk membahaskan topik-topik tempatan bertujuan mencambah minat masyarakat untuk menyertai wacana-wacana berteras ilmu pengetahuan. Selain itu, ia memberi ruang kepada generasi muda berkongsi matlamat dan perjuangan ilmuan terdahulu dalam memartabatkan masyarakat dengan ilmu, pembinaan modal insan dan semangat Negara bangsa

 

  1. Objektif
  • Menyediakan platform kepada golongan intelektual untuk bersikap cakna dan kritis terhadap persoalan sejarah, ekonomi dan sosial setempat.
  • Membuka pendedahan kepada perkongsian dapatan kajian mengenai pelbagai tema setempat dan disampaikan kepada masyarakat dan peminat sejarah tempatan.
  • Menggalakkan kegiatan ilmu dan budaya intelektual dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat.
  • Latihan penulisan ilmiah dan separa ilmiah untuk melahirkan intelektual muda yang dapat menjadi pasukan pemikir Malaysia.

 

  1. Senarai Pembentang Dan Kertas Kerja

3.1  Slot Alu-aluan : “Za’ba sebagai Intelektual Rakyat : Sebuah Penghormatan” – Sdr. Mohamad Hanapi Jamaludin, Presiden KAGUM

3.2  Ucaptama : “Negeri Sembilan – Minangkabau Berpisah Tiada” – Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia

3.3  Slot 1: “Pengenalan kepada Tradisi Teromba, Adat dan Peradatan” – Prof. Madya Datuk Paduka Dr Rosli Saludin, Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI

3.4  Slot 2: “Kepimpinan dan Kepengurusan Tokoh-tokoh Tempatan Dalam Pembentukan Negeri Sembilan 1500 – 1900 M” – Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, Pensyarah Falsafah Sains, UKM

3.5  Slot 3: “Konsep Kepersekutuanan (Federalisme) Negeri Sembilan” – Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Timb Pengerusi Majlis Profesor Negara

3.6  Slot 4: “Negeri Sembilan dan Tradisi Intelektual di Malaysia” – Prof. Dr Mohd Hazim Shah b. Hj Abdul Murad, Fakulti Sains, UM

3.7  Slot 5: “Keusahawanan Dalam Tradisi Adat Perpatih” – Prof. Adjung Dato’ Dr Ghazali b. Mohd Yusoff, Pengerusi Nusantara Technologies

3.8  Slot 6 : “Dasar Pembangunan Belia di Negeri Sembilan” – Tuan Jufitri Joha, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia

 

3.9  Majlis Penutup

YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara

 

12814408_1122958207728628_68817878174402165_n12814445_1122958914395224_8749990284142725588_n

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »