Home / Berita / MBM Menerima Kunjungan Daripada SPRM

MBM Menerima Kunjungan Daripada SPRM

Kuala Lumpur 14 Mac – Majlis Belia Malaysia menerima kunjungan daripada Wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membincangkan tentang pelaksanaan Program Pencegahan Rasuah bersama MBM dan SPRM. Perbincangan ini dihadiri oleh Wakil SPRM seramai 3 orang, Sdr.  Hj. Mua’amar Ghadafi  Presiden MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Setiausaha Agung MBM, Sdr. Eric Choo Naib Presiden MBM, Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM dan beberapa orang Exco MBM.

Antara perkara penting dalam perbincangan ini adalah  ingin mengadakan kerjasama  dalam memberi penerangan fungi dan peranan SPRM kepada badan-badan gabungan MBM dan belia-belia diluar sana. Menurut kajian sebanyak 48% daripada 2000 orang lebih terlibat dalam rasuah pada kajian antara 2005-2010.

Apakah sebab utama kenapa belia tidak mempercayai SPRM??? faktor utama adalah kurang pengetahuan tentang bidang-bidang tugas SPRM yang sebenarnya.

Menurut SUA MBM, program SPRM ini perlu diselitkan dengan kempen kerana kejayaan sesebuah program adalah bergantung kepada kempen.

Sdr. Rizmel Exco MBM, berkata perlu ketengahkan unsur-unsur infografik,video dan lain-lain berbentuk multimedia dalam proses penyampaian tentang SPRM kepada golongan belia terutamanya.

Sdr. Rizan Hassan menyebut perlu kepada perancangan teliti dalam melaksanakan sesebuah program.

Akhir kata sepakat dipersetujui untuk mengadakan program retreat MBM dan SPRM dan kerjasama mengadakan kempen.

MBM20263 MBM20264 MBM20265 MBM20266 MBM20268 MBM20272 MBM20273 MBM20274 MBM20275 MBM20276 MBM20277 MBM20280 MBM20285

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »