Home / Berita / Terus Terang : Halatuju Anak Muda Malaysia

Terus Terang : Halatuju Anak Muda Malaysia

Seri Kembangan 17 Februari – Forum “Terus Terang- Jangan Sembang Kosong, Terus Selesaikan” yang membincangkan topik “Halatuju Anak Muda Malaysia” telah berjalan dengan lancarnya yang bertempat di Kediaman Pelajar Institut Professional Baitulmal (IPB), Mutiara Residence, Seri Kembangan, Selangor. Forum ini bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam yang dihadiri seramai 300 orang pelajar.

Antara ahli panel yang dijemput adalah Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim Exco Majlis Belia Malaysia / Majlis Tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sdr. Mohd Nor Nari Exco Majlis Belia Malaysia / Naib Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco Majlis Belia Malaysia / Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdr. Mohd Hakimi Mat Husin Exco Majlis Belia Malaysia / Exco Majlis Belia Negeri Kelantan. Turut hadir bersama Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Khairul Annuar Mansor Naib Presiden MBM dan Sdr. Rizan Hassan, Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM dan beberapa orang lagi Exco-Exco MBM.

Saudara Jufitri Joha Naib Presiden MBM telah menjadi moderator untuk forum tersebut. Untuk lebih lanjut saksikan video penuh di laman youtube Majlis Belia Malaysia.

Antara isi kandungan penting adalah kepimpinan adalah penting bagi seseorang untuk menjadi seorang yang akan ke depan(confident). Kerajaan perlu lebih menyediakan tempat latihan untuk isu ekonomi untuk bina masyarakat yang daya saing. Belia adalah “Pencorak Masa Depan”, jika tiada jati diri maka hacurlah Malaysia. Kemahiran sangat penting di mana pada tahun 2020 memerlukan asas kemahiran untuk mencari pekerjaan, pihak MBM telah menyediakan program 1B1K yang mempunyai 32 institut pengajian yang spesifik kepada bidang kemahiran.

 

MBM28886 MBM28891 MBM28892 MBM28895 MBM28897 MBM28899 MBM28900 MBM28901 MBM28902 MBM28905 MBM28907 MBM28908 MBM28909 MBM28910 MBM28911 MBM28912 MBM28913 MBM28914 MBM28917 MBM28918 MBM28921 MBM28925 MBM28926 MBM28927 MBM28955 MBM28958

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »