Home / Artikel / MyVOC Jejak Khazanah Warisan Bangsa – Diari

MyVOC Jejak Khazanah Warisan Bangsa – Diari

Jelajah 1 [Negeri Kelantan]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
3 hingga 5 Februari 2016

1) Makan Malam dan Sesi Ramah Mesra bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Majlis Belia Negeri Kelantan (MBNK)

2) Lawatan dan pengkisahan sejarah
Masjid Kampung Laut terletak di suatu kawasan di tebing barat Sungai Kelantan iaitu di Kampung Laut, kira-kira 3 kilometer daripada Kota Bharu.
Masjid ini dianggap masjid yang tertua di negeri ini. Menurut sejarah ia telah dibina kira-kira 300 tahun dahulu. Pada tahun 1966, banjir besar telah melanda Kelantan dan menyebabkan masjid tua ini mengalami kerosakan yang menyebabkan tapak masjid ini hampir jatuh ke dalam Sungai Kelantan. 
Masjid itu telah dipindahkan dan dibina semula di kawasan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, di selatan Bandar Kota. Masjid ini dipercayai dibina oleh sekumpulan pengembang (mubaligh) agama Islam yang terdiri pdaripada sekumpulan anak raja Jawa yang datang belayar berhampiran negeri Kelantan. Semasa dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaiki baginda bocor dan anak raja itu bernazar untuk mendirikan sebuah masjid sekiranya mereka selamat tiba ke darat. Anak raja Jawa itu selamat tiba ke darat dan mereka mendirikan sebuah masjid di Kampung Laut dan apabila kembali ke Jawa mereka mendirikan sebuah lagi masjid yang rekabentuk yang sama seperti Masjid Kampung Laut. Rekabentuk masjid Kampung Laut juga adalah sama dengan bentuk Masjid Agung Demak di Jawa Tengah, Indonesia.
Masjid Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk empat tiang seri. Masjid ini sangat tinggi dari lantai ke puncaknya. Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang utama dalam bahagian bangunan. Motif seni bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dan alam semula jadi yang pada asasnya diterapkan pada bunga teratai. Bumbungnya berbentuk tiga lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bentuk bumbung masjid-masjid di negeri Melaka. Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Masjid Wali Sunan Kalijaga di Jawa Tengah. Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah. Mimbar dan ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri.

3) Lawatan dan Pengisahan Sejarah di Masjid Brunei Darussalam merupakan masjid atas air terapung pertama di Malaysia, masjid ini telah diwakafkan oleh Sultan Brunei Darussalam, terletak di Danau Tok Uban atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan, berkedudukannya di pinggiran Danau Tok Uban. Pada awalnya tiada ramai yang tahu tentang masjid ini, namun setelah 20 tahun pembinaannya,ia mula menjadi popular kerana ada kaitan dengan Sultan Brunei. 
Masjid Brunei Darussalam, Masjid ini dibina berserta dengan sebuah Madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien IIIiaitu ayahanda kepada Sultan Brunei kini (Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni 
Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien) dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H, Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok. Suasana di kawasan Masjid ini amat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan sesuai dijadikan kawasan pengajian terutama bagi pelajar Tahfiz di sini.

Terima kasih kepada MBNK, UMK dan kepada semua yang terlibat menjayakan program MyVoc di Negeri Kelantan..

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat Datang Negeri Pahang…

-sambungan-
5.2.16

 

Jelajah 2 [Negeri Pahang]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
5 hingga 6 Februari 2016

1) Makan Malam dan Sesi Ramah Mesra bersama Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) singgah di Bandar Kuala Lipis makan “ikan patin” yang terkenal Negeri Pahang.

2) Lawatan Perternakan ikan patin di Kuala Triang, Sungai Pahang. Seorang usahawan muda yg berjaya serta memberi peluang kepada generasi muda untuk memulakan perniagaan hingga peringkat Antarabangsa.

3) Konvoi bersama kelab proton wira dan diringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan ke Majlis adat istiadat perkahwinan melayu bersama belia ASEAN di Triang Pahang.

Terima kasih kepada MBNP dan kepada semua yang terlibat menjayakan program MyVoc di Negeri Pahang.

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat datang kepada semua peserta MyVOC Jejak khazanah warisan bangsa ke Melaka negeri bersejarah, melaka 750 tahun, melaka maju fasa 2, melaka bandaraya teknologi hijau.

-sambungan-
6.2.15

Jelajah 3 [Negeri Melaka]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
6 hingga 7 Februari 2016

1) Makan Malam dan Sesi Ramah Mesra bersama YBhg. Datuk Latif Thamby Chik, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM)

2) Majlis Pelepasan Konvoi di Terminal Feri Antarabangsa ICQ Melaka oleh YBhg. Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

Terima kasih kepada DMDI, MGBM dan kepada semua yang terlibat menjayakan program MyVoc di Negeri Melaka

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat datang kepada semua peserta MyVOC Jejak khazanah Warisan Bangsa di Dumai, Indonesia

-sambungan-
7.2.15

Jelajah 4 [Kota Dumai, Indonesia]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016
7 hingga 8 Februari 2016

1) Majlis Sambutan Selamat Datang di Kota Dumai, disambut oleh Bapak Puguh Ketua Kastam Kota Dumai untuk Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa diKetuai Delegasi Sdr. Mohd Zaidi Aziz Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama peserta belia ASEAN Selamat tiba di Jeti Kota Dumai, Indonesia.

2) Makan Tengah Hari Bersama Panitia-Panitia Kota Dumai di Restoran Mahkota.

3) Lawatan Rumah Panti Asuhan Anak Yatim, Bukit Timah di Dumai, Indonesia.
Sumbangan ikhlas daripada Majlis Belia Malaysia dan Syarikat Koko Minda.

4) Majlis Malam Ramah Tamah Jejak Khazanah Warisan Bangsa bersama 
H. Arlizman Agus, Walikota Dumai, Pemerintah Dumai dan Panitia Dumai di Rumah Gedung Walikota Dumai

5) Majlis Pelepasan Konvoi di depan Hotel Grand Zuri, Dumai oleh YBhg. Datuk Timo Kipda Ketua Panitia Dumai.

Terima kasih kepada Panitia Dumai dan kepada semua yang terlibat menjayakan program MyVoc di Kota Dumai, Indonesia

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat datang kepada semua peserta MyVOC Jejak khazanah Warisan Bangsa di Bandar Kota Siak dan Pekan Baru, Indonesia.

-sambungan-
8.2.15

Jelajah 5 [Dumai – Siak – Pekan Baru, Indonesia]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
8 hingga 9 Februari 2016

1) Perjalanan dari Dumai melalui Kota Siak ke Pekan Baru mengambil masa perjalanan 7 jam. Kenderaan yang digunakan masa konvoi iaitu 7 buah Van dan 3 buah kereta 4 x 4.

2) Masa dalam perjalananan Haji Idzham Hadi Sidik, menceritakan pengkisahan sejarah tentang Kerajaan Siak Sri Indrapura. Cara beliau menyampaikan menggunakan alat perhubungan yg dipanggil radio 2 hala/walkie talkie. Dua (2) model iaitu handy boleh dibawa ke mana-mana dan mobile rig fix dalam van. Walaupun peserta berada dalam van yang berlainan boleh berkomunikasi antara satu sama.

3) Sejarah Pengkisahan mengenai Kerajaan Siak Sri Indrapura didirikan pada tahun 1723 M oleh Raja Kecik yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah putera Raja Johor (Sultan Mahmud Syah) dengan isterinya Encik Pong, dengan pusat kerajaan berada di Buantan. Konon nama Siak berasal dari nama sejenis tumbuh-tumbuhan yaitu siak-siak yang banyak terdapat di situ.

Sebelum kerajaan Siak berdiri, daerah Siak berada dibawah kekuasaan Johor. Yang memerintah dan mengawasi daerah ini adalah raja yang ditunjuk dan di angkat oleh Sultan Johor. Namun hampir 100 tahun daerah ini tidak ada yang memerintah. Daerah ini diawasi oleh Syahbandar yang ditunjuk untuk memungut cukai hasil hutan dan hasil laut.

Pada awal tahun 1699 Sultan Kerajaan Johor bergelar Sultan Mahmud Syah II mangkat dibunuh Magat Sri Rama, isterinya yang bernama Encik Pong pada waktu itu sedang hamil dilarikan ke Singapura, terus ke Jambi. Dalam perjalanan itu lahirlah Raja Kecik dan kemudian dibesarkan di Kerajaan Pagaruyung Minangkabau.

Sementara itu pucuk pimpinan Kerajaan Johor diduduki oleh Datuk Bendahara tun Habib yang bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah.

Setelah Raja Kecik dewasa, pada tahun 1717 Raja Kecik zberhasil merebut tahta Johor. Tetapi tahun 1722 Kerajaan Johor tersebut direbut kembali oleh Tengku Sulaiman ipar Raja Kecik yang merupakan putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah. Dalam merebut Kerajaan Johor ini, Tengku Sulaiman dibantu oleh beberapa bangsawan Bugis. Terjadilah perang saudara yang mengakibatkan kerugian yang cukup besar pada kedua belah pihak, maka akhirnya masing-masing pihak mengundurkan diri. Pihak Johor mengundurkan diri ke Pahang, dan Raja Kecik mengundurkan diri ke Bintan dan seterusnya mendirikan negeri baru di pinggir Sungai Buantan (anak Sungai Siak). Demikianlah awal berdirinya kerajaan Siak di Buantan.

Namun, pusat Kerajaan Siak tidak menetap di Buantan. Pusat kerajaan kemudian selalu berpindah-pindah dari kota Buantan pindah ke Mempura, pindah kemudian ke Senapelan Pekanbaru dan kembali lagi ke Mempura. Semasa pemerintahan Sultan Ismail dengan Sultan Assyaidis Syarif Ismail Jalil Jalaluddin (1827-1864) pusat Kerajaan Siak dipindahkan ke kota Siak Sri Indrapura dan akhirnya menetap disana sampai akhirnya masa pemerintahan Sultan Siak terakhir.

Pada masa Sultan ke-11 iaitu Sultan Assayaidis Syarief Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin yang memerintah pada tahun 1889-1908, dibangunlah istana yang megah terletak di kota Siak dan istana ini diberi nama Istana Asseraiyah Hasyimiah yang dibangun pada tahun 1889.

Pada masa pemerintahan Sultan Syarif Hasyim ini Siak mengalami kemajuan terutama dibidang ekonomi. Masa itu pula beliau berkesempatan melawat ke Eropah, Jerman dan Belanda.
Setelah wafat, beliau digantikan oleh putranya yang masih kecil dan sedang bersekolah di Batavia yaitu Tengku Sulung Syarif Kasim dan baru pada tahun 1915 beliau ditabalkan sebagai Sultan Siak ke-12 dengan gelar Assayaidis Syarif Kasim Abdul Jalil Syaifuddin dan terakhir terkenal dengan nama Sultan Syarif Kasim Tsani (Sultan Syarif Kasim II).

Kemerdekaan Republik Indonesia, beliau pun mengibarkan bendera merah putih di Istana Siak dan tak lama kemudian beliau berangkat ke Jawa menemui Bung Karno dan menyatakan bergabung dengan Republik Indonesia sambil menyerahkan Mahkota Kerajaan serta uang sebesar Sepuluh Ribu Gulden.

Sejak itu beliau meninggalkan Siak dan bermukim di Jakarta. Baru pada tahun 1960 kembali ke Siak dan mangkat di Rumbai pada tahun 1968. Beliau tidak meninggalkan keturunan baik dari Permaisuri Pertama Tengku Agung maupun dari Permaisuri Kedua Tengku Maharatu.

Pada tahun 1997 Sultan Syarif Kasim II mendapat gelar Kehormatan Kepahlawanan sebagai seorang Pahlawan Nasional Republik Indonesia. Makam Sultan Syarif Kasim II terletak ditengah Kota Siak Sri Indrapura tepatnya disamping Masjid Sultan yaitu Masjid Syahabuddin.

di Kerajaan Siak Sri Indrapura.
Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah I (1725-1746)
Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah II (1746-1765)
Sultan Abdul Jalil Jalaluddin Syah (1765-1766)
Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah (1766-1780)
Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah (1780-1782)
Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (1782- 1784)
Sultan Assaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi (1784-1810)
Sultan Asyaidis Syarif Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin (1810-1815)
Sultan Assyaidis Syarif Ismail Abdul Jalil lJalaluddin (1815-1854)
Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifuddin I (Syarif Kasyim I, 1864-1889)
Sultan Assyaidis Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin (1889-1908)
Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalif Syaifudin I (Syarif Kasyim II), (1915-1949)

Pemerintahan Republik Indonesia, Kabupaten Siak ini merupakan Wilayah Kewedanan Siak di bawah Kabupaten Bengkalis yang kemudian berubah status menjadi Kecamatan Siak.

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat datang kepada semua peserta MyVOC Jejak khazanah Warisan Bangsa di Pekan Baru, Indonesia.

-sambungan-
9.2.15

 

Jelajah 6 [Pekan Baru – Bukit Tinggi]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
9 Februari 2016

1) Perjalanan dari Pekan Baru ke Bukit Tinggi mengambil masa perjalanan 12 jam.

2) Semasa dalam perjalanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) buat rakaman dan penggambaran tentang Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016.

3) Semasa dalam perjalanan kami terpaksa meredah banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat. Tempat yg kena banjir iaitu di 10 kabupaten/kota, termasuk di Kabupaten Solok Selatan, Kabupaten Lima Puluh Kota, Kabupaten Agam dan Payahkumbuh.

4) Semasa dalam Perjalanan Encik Salem Haji Salleh Ceo Syarikat Koko Minda menceritakan pengkongsian dan pengalaman beliau untuk memulakan perniagaan, mengeluarkan produk minuman halal dan kata-kata motivasi seorang usahawan yang berjaya. Ini sebagai contoh kepada generasi belia sehingga peringkat antarabangsa.

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat datang kepada semua peserta MyVOC Jejak khazanah Warisan Bangsa di Bukit Tinggi, Indonesia.

-sambungan-
10.2.15

Jelajah 7 [Bukit Tinggi- Danau Maninjau]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
10 Februari 2016

1) Majlis Pelepasan Konvoi oleh Encik Salem Salleh Ceo Koko Minda di Bukittinggi, Indonesia.

2) Perjalanan dari Bukit Tinggi ke Danau Maninjau mengambil masa perjalanan 2 jam. Perjalanan sungguh mencabar melalui 44 kelok dan menikmati keindahan alam.

3) Lawatan ke Muzium Kelahiran Buya Hamka di Danau Maninjau
dan pengkisahan perjalanan hidup Buya Hamka oleh sepupu Pak Hanif Rasyid, Pengelola Muzium Buya Hamka

4) Lawatan di Pondok Pesantren Buya Hamka Danau Maninjau dan Aktiviti bersama dengan pelajar Tahfiz di Pondok, Pesantren bersama dengan Pak Zainul Pengetua Pondok Pasentren Buya Hamka.

5) Pengkisahan Perjuangan Buya Hamka oleh bersama Anakanda Allahyarham Prof. Dr. Hamka Tuan Haji Afif Hamka dan Pondok Pasentren Buya Hamka.

Terima kasih kepada Pak Zainul Pengetua Pondok Pasentren Buya Hamka dan kepada semua yang terlibat menjayakan program MyVoc di Pondok Pasentren Buya Hamka Indonesia.

Semoga kita berjumpa lagi.

-sambungan-
11.2.15

Jelajah 8 [Kg. Pandai Sikek dan Bukit Tinggi]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
11 Februari 2016

1) Lawatan ke kedai kuih tradisional nama kuih neraka rasa syurga. Hebat nama kuih ini apabila ditanya kenapa nama kuih diletak nama kuih neraka rupanya kuih ini dibakar dengan suhu yang tinggi pakai kayu api atas ada api bawah pun ada api kiranya dikapitlah. Kuih ini diperbuat daripada pisang dan tepung macam lempeng juga.

2) Lawatan Kg. Pandai Sikek dikenal sebagai daerah pusat kerajinan ukiran dan tenunan Kain Songket. Pandai Sikek terletak di kaki Gunung Singgalang lebih kurang 10 km sebelum memasuki kota Bukittinggi dengan Pemandangan yang indah. Disini kita juga dapat melihat kehidupan masyarakat yang bertani secara tradisional. Desa ini memiliki 1000 buah alat tenun. Lukisan kayu dan perabot rumah tangga juga dibuat disini.

3) Program Tradisi Adat Resam Warisan Melayu Serumpun di Kg. Pagu-Pagu Pandai Sikek disambut oleh Datuk Agus kepala Wisata Pandai Sikek. Aktiviti yang diadakan iaitu:-
* Tarian Selamat Datang
* Gendang Rampak
* Pacak Silat
* Permainan Tradisional bersama-sama Belia Asean batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut.
* Engklek adalah permainan tradisional ketangkasan lompat.

3) Lawatan Jam Gadang peserta dapat menikmati usahawan yang menjual dan membeli.

4) Sejarah Jam Gadang adalah nama untuk menara jam yang terletak di pusat Bukitinggi Kota Sumetara Barat Indonesia. Menara jam ini memiliki jam dengan ukuran besar di empat sisinya sehingga dinamakan Jam Gadang, sebutan Bahasa Minangkabau yang bererti “Jam Besar”.

Terima kasih kepada Datuk Agus kepala Wisata Pandai Sikek, Pak Khairul Nas Anak Watan Kg. Pagu-Pagu Pandai Sikek dan kepada semua yang terlibat menjayakan program MyVoc di Pandai Sikek, Indonesia.

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat datang kepada semua peserta MyVOC Jejak khazanah Warisan Bangsa di Padang Panjang, Indonesia.

-sambungan-
12.2.15

Jelajah 9 [Pagaruyung – Padang Panjang]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
12 Februari 2016

1) Lawatan ke Istano Basa yang lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung, adalah sebuah istana yang terletak di kecamatan Tanjung Emas, kota Batu sangkar, kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Istana ini merupakan pengkisahan budaya yang terkenal di Sumatera Barat.

2) Lawatan ke Institut Seni Indonesia di Padang Panjang.

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat datang kepada semua peserta MyVOC Jejak khazanah Warisan Bangsa di Kota Pariaman, Indonesia.

-sambungan-
16.2.15

Jelajah 10 [Kota Pariaman, Indonesia]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
12 – 14 Februari 2016

1) Makan Malam bersama Bapak Mukhlis Rahman Walikota Kota Pariaman dan Sdr. Mua’amar Ghadafi Datuk Wira Jamaludin, Presiden MBM dan Sdr. Riza Saputra, Ketua KNPI kota pariaman

2) Perasmian Tugu Peringatan “Pemuda ASEAN’ disempurnakan oleh Bapak Mukhlis Rahman Walikota Kota Pariaman dan Sdr. Mua’amar Ghadafi Datuk Wira Jamaludin Presiden MBM

3) Program Pelepasan Anak Penyu di laut Sdr. Mua’amar Ghadafi Datuk Wira Jamaludin, Presiden MBM dan Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Timbalan Presiden MBM.

4) Program di Pulau Angso aktiviti menanam pokok di Ketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM

5) Program wawancara bersama Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan, MBM dengan peserta Brunei dan Indonesia menceritakan pengalaman mengikuti program Jejak Khazanah Warisan Bangsa.

6) Program aktiviti sukan pantai bersama KNPI Kota Padang.

Terima Kasih kepada KNPI Kota Pariaman dan kepada semua yang terlibat menjayakan program MyVoc di Kota Pariaman, Indonesia.

Semoga kita berjumpa lagi dan Selamat datang kepada semua peserta MyVOC Jejak khazanah Warisan Bangsa di Kota Padang Indonesia.

-sambungan-
16.2.15

Jelajah 11 [Kota Padang, Indonesia]

Program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa 2016 
14 – 15 Februari 2016

1) Makan Tengah Hari bersama Bapak Fadly Amran, Ketua KNPI Kota Padang, Indonesia.

2) Lawatan Muzium Adityawarman di Kota Padang bersama
Bapak Fadly Amran, Ketua KNPI Kota Padang dan Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Timbalan Presiden MBM.

3) Program Makan Malam Bersama Walikota Kota Padang di Rumah Dinas.

4) Seminar Internasional Tautan Budaya Minangkabau dan Melayu Serumpun di Universitas Baitulramah, Padang Indonesia.

Terima Kasih kepada KNPI Kota Padang, Universitas, Baitulramah dan kepada semua yang terlibat menjayakan program MyVoc di Kota Padang, Indonesia.

Semoga kita berjumpa lagi…

-tamat-
16.2.16

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »