Home / Hebahan / MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa

MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa

Selamat datang kepada peserta Cambodia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Malaysia yang akan menyertai program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa bermula 4 hingga 16 Februari 2016.
 
PENGENALAN
Pada tahun 2016, Majlis Belia Malaysia akan mengadakan program MyVoc Jejak Khazanah Warisan Bangsa. Ini salah satu pengisian Myvoc merupakan Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) di mana komuniti ini akan diterajui oleh Sahabat Majlis Belia Malaysia bagi bertindak mengumpul sukarelawan pelbagai latar belakang dapat melaksanakan program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada.
 
OBJEKTIF
Program ini meningkatkan kesedaran kepada golongan belia tentang peranan kesukarelawan, budaya dalam pembinaan jati diri dan citra bangsa sekali gus menyumbang kepada pembentukan Komuniti ASEAN. Ia juga sebagai salah satu inisiatif MBM untuk mengangkat ilmu dan tradisi tempatan sesebuah negara untuk dihayati golongan generasi muda.
 
PESERTA
Peserta akan yang akan menyertai adalah belia-belia dari negara Brunei, Cambodia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia. Seramai 60 peserta yang menyertai program ini.
AKTIVITI
Konsep Program
Pelbagai aktiviti diantaranya seperti yang berikut:-
Komuniti Sukarelawan
Pendedahan kepada peserta tentang kerja-kerja lapangan sukarelawan di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti serta kerja kebajikan.
Komuniti Sembang Santai
Medium perkongsian dan percambahan idea antara peserta dengan belia-belia setempat.
Komuniti Kesenian
Pelbagai persembahan kesenian akan ditonjolkan sebagai medium perpaduan serantau.
Komuniti Warisan dan Sejarah
Peserta dilawati tempat sejarah ini salah satu usaha untuk memupuk kesedaran dan penghayatan yang tinggi terhadap kekayaan warisan.
Peserta diperkenalkan permainan dan makanan tradisional di tempat-tempat yang dikunjungi.
Komuniti Agama
Peserta diberi berpeluang mengenali tokoh-tokoh yang terdapat di negara tersebut dan pengkisahanya.
Tarikh
3 hingga 16 Februari 2016
Tema : “Jelajah Sukarelawan, Semarakkan Komuniti”
Konsep pergerakan
• Pergerakan simbolik kenderaan berkonvoi secara serentak dari Kuala Lumpur menuju Kelantan – Pahang – Melaka – Indonesia.
• Membawa pelaksana bertemu masyarakat dan mengendalikan aktiviti, Sukarelawan, Kebajikan, Perkongsian Ilmu, Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan.
• Majlis Perlepasan Jelajah bersama pemimpin.
• Kegiatan yang telah dirancang serta mempromosikan dan menyebarkan maklumat.
• Majlis Makan Malam dan Penutup bersama pelaksana dan masyarakat kepada pemimpin.
KESINAMBUNGAN
• Program ini dalam usaha untuk memperkenalkan dan menyemarakkan Sukarelawan dalam kalangan warga ASEAN. Ia juga membuktikan kesungguhan Malaysia dan rakyatnya mewujudkan hubungan baik di peringkat akar umbi yg merentasi kepelbagaian budaya dan agama. Ia memberi peluang kepada warga Malaysia terutama golongan muda mengeratkan jaringan sosial mereka menerusi program pertukaran budaya sebegini.
• Program ini dapat memberi manfaat kepada generasi muda masa kini dan masa akan datang dapat mengutamakan kesejahteraan, kehidupan dan kebajikan rakyat.
• Program ini dapat membentuk serta dalam proses pembangunan komuniti ASEAN untuk memperkukuh ikatan perpaduan serantau yang sedia ada bagi mewujudkan suatu Komuniti ASEAN dari segi politik, berintegrasi, ekonomi, serta bertanggungjawab dari segi sosial supaya dapat bergerak balas secara berkesan terhadap cabaran dan memberi peluang masa hadapan.
12669463_1098345270189922_1071820053657171764_n

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »