Home / Berita / Kunjung Hormat dan Sesi Temubual Persatuan Belia Terbaik 2014

Kunjung Hormat dan Sesi Temubual Persatuan Belia Terbaik 2014

Mersing, 24 Disember 2015 – Siri gerak kerja Projek Penerbitan Buku, JK Pendidikan Majlis Belia Malaysia (MBM) diteruskan lagi dengan mengadakan lawatan dan sesi temubual terakhir bersama persatuan belia yang terpilih. Pihak jawatankuasa penulisan telah mengadakan lawatan ke Persatuan Belia Felda Tenggaroh II, Mersing  yang muncul sebagai pemenang persatuan belia terbaik Malaysia dan ASEAN 2014.

Rombongan JK Pendidikan MBM daripada Kuala Lumpur disambut mesra dan penuh hormat oleh Sdr Mohammad Nazri Mohd Yusof selaku pengerusi persatuan belia berkenaan dan pimpinan persatuan yang terdiri daripada setiausaha, naib presiden dan barisan exco. Program dimulakan dengan alu-aluan dan sesi perkenalan bersama pimpinan persatuan. Pihak urusetia kemudiannya mendengar pembentangan daripada pengerusi mengenai sejarah dan perkembangan persatuan ini. Kami dapat mendengar bagaimana persatuan ini bermula dengan usia yang terlalu muda telah muncul sebagai persatuan yang disegani bahkan meraih penganugerahan di pelbagai peringkat kebangsaan dan ASEAN. Kemudiannya, sesi temubual bersama setiap exco dijalankan oleh urusetia untuk mendapatkan maklum balas dan input-input bernas sepanjang program yang dikendalikan di bawah setiap exco berkenaan. Ternyata banyak pelajaran yang dapat diperolehi sepanjang sesi kunjung hormat ini diijalankan terutamanya babak penting bagaimana persatuan ini diupayakan sehingga memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.

Semua sisi-sisi menarik daripada persatuan belia ini akan dimuatkan dalam siri penerbitan buku yang akan diterbitkan. Nantikan kemunculannya, the unsung hero.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »