Home / Berita / Kursus Induksi Myvoc @Akademi Jarum Berlian

Kursus Induksi Myvoc @Akademi Jarum Berlian

Majlis Belia Malaysia (MBM) berpandangan partisipasi golongan belia telah lama dilihat sebagai elemen penting bagi governans baik dan pembangunan. Kesukarelaan ialah satu daripada kunci utama dari segi cara individu-individu mengartikulasi peranan mereka sebagai rakyat.

Hal ini di tegaskan oleh Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM ketika menyampaikan pembentangannya di hadapan 60 orang belia berkemahiran yang menghadiri Kursus Induksi Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) di Akademi Jarum Berlian, Kemaman pagi tadi. Turut hadir ialah Saudara Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

“Dengan terbinanya kepercayaan dan kerjasama antara semua sektor, iaitu kerajaan, perniagaan dan organisasi sukarela serta rakyat, kesukarelaan memberikan sumbangan dalam pembinaan sebuah masyarakat yang stabil, harmoni dan bersatu padu”, katanya.

Menurut beliau, kesukarelaan dapat membantu mengintegrasikan ke dalam masyarakat mereka yang terpinggir (marginalised). Sebagai contohnya, apabila seseorang yang istimewa menyertai kerja-kerja sukarela, ia dapat mencabar pandangan stereotype yang menganggap mereka hanya sebagai penerima manfaat program-program kebajikan sahaja. Manakala bagi bagi warga emas, melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela membantu secara positif proses active aging.

“Begitu juga dengan kesukarelaan bagi belia. Ia memberikan peluang untuk pengembangan diri seperti kemahiran berkomunikasi terutamanya secara inter personal,berkongsi masalah, bekerja dalam pasukan serta mencari dan memberi sokongan secara mutual. Selanjutnya, mereka menimba ilmu tentang organisasi dan kemahiran bekerja dalam organisasi. Melalui kesukarelaan, belia dapat mengenali keadaan-keadaan kerja yang berbeza-beza, membantu membentuk idea tentang kerjaya masa depan dan meningkatkan peluang-peluang kerjaya”, ujar beliau.

Sementara itu, Rizan Hassan pula dalam pembentangannya berkata keterlibatan seorang sukarelawan ialah rasa prihatin yang timbul dalam diri untuk menaburkan bakti dan khidmat kepada masyarakat dengan berbuat sesuatu. Kebiasaannya faktor ini dikaitkan dengan idealisme atau altruisme, iaitu satu perasaan yang amat tinggi, yang biasa juga dianggap sebagai pendirian atau prinsip.

“Idealisme merujuk kepada pegangan atau fundamental yang dihayati dan diamali. Ia berasaskan dua perkara pokok: kecintaan terhadap nilai-nilai yang murni lagi tinggi, dan kebencian terhadap benda-benda yang buruk lagi teruk. Lazimnya, idealisme akan disertai oleh aktivisme. Iaitu proses menerjemahkan idealisme itu agar menjadi langkah-langkah yang praktikal: sama ada aktiviti, bakti atau advokasi”, katanya.

Tambah beliau, inilah faktor yang kadangkalanya menyebabkan sesetengah orang menjadi hairan melihat betapa sukarelawan/wati tertentu sanggup berbuat apa-apa sahaja, di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja dan dengan cara-cara apa sahaja demi menafsirkan panggilan dalamannya ini atau the call to service dengan setulus kudus dan setulin batin.

MBM ketika ini sedang dalam Jelajah Kursus Induksi MyVOC ke beberapa institusi latihan kemahiran di seluruh negara.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »