Home / Berita / Kursus Induksi MyVOC tarik belia sertai kesukarelaan

Kursus Induksi MyVOC tarik belia sertai kesukarelaan

Puchong, 13 Oktober 2015 – Seramai 70 orang belia berkemahiran dalam bidang mekatronik, sistem komputer dan elektronik industri megikuti Kursus Induksi Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) hari ini.

Mereka adalah para pelajar dari Kolej Megatech di Puchong Selangor. Kolej ini adalah rakan kerjasama MyVOC yang diasaskan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Kursus selama sehari ini di kendalikan oleh Saudara Mohammad Rizan Hassan (Ketua Penerangan MBM) dan Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM)

Menurut Rizan, gerakan kesukarelaan adalah suatu nilai dan amalan yang murni. Malahan, dalam hal-hal dan keadaan-keadaan tertentu, kesukarelaan dianggap suci. Kerana itulah, setiap yang terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan, sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan, sama ada secara sistematik ataupun tidak, dan sama ada sumbangannya itu adalah besar ataupun kecil, ia dianggap sebagai kerja dan program yang terpuji.

“Kesukarelaan juga adalah satu daripada nilai yang disanjung tinggi yang telah memungkinkan manusia terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi erti keberkawanan dan kemanusiaan dalam maksudnya yang sebenar, dari dahulu hingga sekarang, dan diyakini akan sampai bila-bila pun,” katanya lagi.

Saudara Hasnul Hanif pula dalam taklimatnya menyentuh soal gerakan kesukarelaan yang dikatakan semakin pupus di kalangan anak muda.

“Benarkah kesukarelaan semakin luput? Sebenarnya, meskipun kini ramai yang risau tentang pudarnya semangat kesukarelaan, namun ia belum pupus. Di sana-sini masih terdapat para sukarelawan/wati yang sentiasa tampil untuk berbuat, mengongsi khidmat dan keringat, setiap kali kesukarelaan diperlukan”, katanya.

Menurut beliau lagi, hakikat bahawa ikatan perpaduan, tahap keterlibatan, tradisi berkongsi dan amalan bantu-membantu menjadi kian luntur apabila masyarakat kian terlanjur dalam takjub terpesonanya dengan kebendaan dan kepentingan peribadi tidak dapat tidak, harus juga diakui. Keadaan ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu dihadapi, ditangani dan diperbaiki. Kerana itu, semangat kesukarelaan perlu diberikan nafas baru atau tinggal landas baru (a new take off) – perlu digilap.

“Maka, MYVOC lahir hari ini sebagai suatu gerakan baru menyantuni anak muda hari ini denga pendekatan yang lebih “cool and catchy”, ujar beliau.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »