Home / Berita / MBM – KNPI : Tangani isu jerebu secara bersama

MBM – KNPI : Tangani isu jerebu secara bersama

Kuala Lumpur, Sept 15: Komiti Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) cawangan Malaysia, bersama-sama Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Majlis Belia Wilayah Persekutuan hari ini bekerja sama dalam mengedarkan sebanyak 1,500 keping face mask kepada orang ramai di Kuala Lumpur bagi mengekspresi dan menjadi simbolik kepada tanggung jawab yang perlu dipikul dalam menghadapi situasi jerebu yang kini melanda.

Timbalan Presiden Komiti Nasional Pemuda Indonesia(KNPI) cawangan Malaysia, Khairul Hamzah menyifatkan program ini sebagai salah satu solidarity action bersama-sama rakan Majlis Belia Malaysia dalam membangkitkan kesedaran sebagai rakyat Indonesia di Malaysia yang prihatin dan peduli. Setiausaha Kehormat Komiti Nasional Pemuda Indonesia(KNPI) cawangan Malaysia, Tengku Adnan Tengku Azlan, memberi penegasan supaya pihak yang mengakibatkan berlakunya pembakaran secara sengaja perlu diambil tindakan yang berat kerana pembakaran ini sering berlaku dan berulang setiap tahun.

Seharusnya, pihak pemerintah Indonesia sudah mempunyai pengalaman yang cukup dan mempunyai pelan strategi dalam menangani isu ini. Ketika ditemui, Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin berkata “MBM bersama-sama KNPI berharap agar isu ini dipandang serius oleh semua pihak kerana ia melibatkan kerugian dari aspek ekonomi dan sosial bukan sahaja pada Malaysia dan Indonesia, malah boleh menjangkau rantau ASEAN.

MBM yang merupakan satu badan yang mementingkan kesedaran sosial kini dalam misinya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya jerebu dan langkah-langkah dalam meminimumkan kesannya kepada kesihatan melalui program-program seperti ini.” Tambah beliau lagi, “Pendidikan dan kesedaran masyarakat agar tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada peningkatan jerebu perlu ditekankan. Perlu ada usaha inovasi dan pendekatan terbaik dalam menangani aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelak perkara ini berlaku lagi.” Keadaan jerebu yang melanda negara kita ini merupakan satu fenomena yang patut dibimbangkan.

Kementerian Alam Sekitar mengeluarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara(IPU) yang tertinggi setakat jam 11 pagi tadi di Ipoh dan Kuantan di mana masingmasing mencatatkan bacaan IPU 190 dan 183.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »