Home / Berita / Literasi Media Kreatif 2015 dedah belia etika media sosial

Literasi Media Kreatif 2015 dedah belia etika media sosial

Kuala Lumpur, 13 September 2015 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) telah menganjurkan program Literasi Media Kreatif 2015 yang bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur bermula 11 hingga 13 September 2015.

Program ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, YM Engku Mohd Azmi bin Engku Mohd Basri, dianjurkan bertujuan untuk memberi maklumat dan informasi yang tepat berkaitan aplikasi-aplikasi media sosial yang diguna pakai pada masa ini serta dapat memaksimumkan penggunaan media sosial bagi membantu menyebarluas maklumat dan aktiviti pertubuhan dengan berkesan serta beretika. Seramai 24 peserta dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan yang mewakili Zon Tengah turut didedahkan dengan kerja-kerja lapangan di beberapa rumah kebajikan sekitar Cheras.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »