Home / Berita / MBM kongsi erti merdeka bersama mahasiswa

MBM kongsi erti merdeka bersama mahasiswa

Jengka Pahang, 9 Septemeber 2015 – Kemerdekaan adalah suatu ungkapan yang mempunyai makna yang besar kepada semua golongan masyarakat, tetapi berapa peratus masyarakat Malaysia yang betul-betul faham erti kemerdekaan. Jika dilihat pada konteks dahulu, ia lebih kepada makna bebas atau kebebasan daripada penjajah yang pernah menjajah negara kita,  Tanah Melayu sebelum ditukar kepada Malaysia pada tahun 1963. Tetapi pada konteks zaman terkini adakah ia masih relevan makna kebebasan dari penjajah. Zaman kini yang semakin canggih, secara rawak kita melihat ramai yang masih seperti dijajah. Makna penjajahan itu lebih tertumpu kepada minda dan pemikiran. Masih ramai yang masih belum bebas dari penjajahan. Berapa ramai golongan muda kini yang betul-betul memahami apa itu erti kemerdekaan. Namun demikian, dalam memahami erti kemerdekaan, sejauh manakah rata-rata kita sebagai rakyat Malaysia terutama golongan muda yang cakna dan menghayati roh kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar? Adakah pengisian program sambutan kemerdekaan yang dilaksanakan sejak lebih lima dekad yang lampau benar-benar mampu menzahirkan sebuah kerangka masyarakat yang bukan sahaja negaranya merdeka, bahkan juga merdeka dari pelbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosial dan paling utama merdeka dari segi sikap dan tinglahlaku?
Sehubungan dengan itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pahang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang telah menganjurkan sebuah program berunsurkan patriotisme iaitu Malam Patriotik Belia Sempena Bulan Kemerdekaan 2015 bertempat di Dewan Al-Biruni, UiTM Jengka Pahang. Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar UiTM Jengka sendiri.  Lebih dari 200 orang pelajar telah menghadiri program ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar. Acara utama pada program ini adalah sesi perkongsian pengalaman yang telah disampaikan oleh Saudara Rizan Hassan merangkap Ketua Penerangan MBM dan Tokoh Belia Negara 2011. Hasil penceritaan dan perkongsian berikut telah menarik perhatian para pelajar untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam. Antara acara lain yang turut dijalankan semasa program ini ialah penyampaian sajak patriotisme, nyanyian lagu patriotisme dan persembahan teater.
Antara tetamu yang hadir ke program ini ialah Saudara Khairul Amin Osman, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang merangkap Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia, saudara Hasnul Hanif, exco Majlis Belia Malaysia, saudara Muhammad Azmir Abdul Razak, dari Unit Korporat UiTM Jengka, saudara Zafril Nasir, wakil MAYC Pahang dan wakil dari Parlimen Belia Malaysia mewakili negeri Pahang, saudara Uganeswaran A/L Cilamuthu.
Program ini telah diakhiri dengan acara nyanyian beramai-ramai lagu Warisan dan penyampaian cenderamata dari pihak UiTM Jengka kepada tetamu tetamu yang hadir.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »