Home / Berita / SEMINAR DAN IFTOR JAMAEI RELEGION INTERFAITH

SEMINAR DAN IFTOR JAMAEI RELEGION INTERFAITH

25 JUN 2015, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, masyarakat bukan Islam perlu diberi perhatian dan dijaga. Malah setiap tindak tanduk kita hendaklah tidak menimbulkan rasa tidak selesa hingga menjejaskan ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat. Keupayaan pelbagai kaum untuk duduk semeja dalam merancang pembangunan negara adalah satu perkongsian kuasa yang bijak dan memberi manfaat dan faedah kepada pembangunan negara. Ketenteraman ini penting bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan yang serius untuk melaksanakan gagasan 1Malaysia.

Pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia daripada masyarakat Antarabangsa khasnya negara-negara Islam adalah amat jelas memperlihat kejayaan negara sebagai sebuah negara Islam yang berjaya melaksanakan dan mengendalikan keperluan umat Islam dan penganut agama lain secara adil. Kita telah mendahului negara-negara Islam lain dalam memenuhi tuntutan Islam sebagai cara hidup merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Demi memastikan pencapaian ini terus berkekalan, setiap lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan kerajaan yang dipilih betul-betul faham dan serius mendukung pengiktirafan ini.

PENERANGAN MBM
26.06.15

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »