Home / Berita / Sahabat MBM didedah dengan penggunaan Radio Amatur
DCIM102GOPRO

Sahabat MBM didedah dengan penggunaan Radio Amatur

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Bagi memberi pendedahan kepada belia, MBM telah menjemput beberapa pengamal radio amatur ke Perkhemahan Sahabat MBM sempena Festival Belia 2015 untuk memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada 700 orang belia di program tersebut. Sahabat MBM bukan sahaja didedahkan secara teori malah mereka juga turut diberi peluang untuk menggunakan radio untuk berkomunikasi dengan pengamal radio dari seluruh dunia.

Program yang bermula pada jam 10 malam tersebut dimulai dengan ucapan pengenalan oleh Sdr. Muhammad Jaafar (9W2MJ) dan seterusnya diterangkan SOP Radio oleh Sdr. Che Adnan Che Kadir (9M2SIX).

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan “kod Morse”. Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Pengendali radio amatur juga boleh menggunakan satelit amatur untuk berhubung sesama sendiri. Dengan mengunakan peralatan radio dan antena yang biasa digunakan oleh mereka, mereka sebenarnya mampu untuk mengunakan cara komunikasi seperti ini. Satelik ini dibangunkan dan diseliakan oleh pertubuhan radio amator itu sendiri secara suka rela seperi AMSAT. Dengan menggunakan sistem ini, para pelajar sekolah dan pengendali radio amatur boleh bercakap dan berhubung dengan angkasa yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »