Home / Berita / MBM kunjung Kumpulan Karangkraf

MBM kunjung Kumpulan Karangkraf

Shah Alam, 4 Mac 2015 – Lawatan dan kunjung hormat yang diketuai Muam’mar Ghadafi Jamal, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama barisan kepimpinan MBM di Karangkraf Shah Alam merupakan aktiviti yang dirancang bagi memberi pendedahan kepada pihak MBM berkaitan operasi Karangkraf dalam penyediaan majalah, surat khabar, dan lain-lain aktiviti cetakan yang dikeluarkan oleh pihak Karangkraf.

Antara objektif lawatan dan kunjung hormat ini bertujuan merapatkan hubungan antara MBM dan Kumpulan Karangkraf bagi memudahkan liputan berita disebarkan melalui akhbar-akhbar tempatan dan saluran elektronik.

Keperluan lawatan ini merangkumi keperluan semasa dalam aspek penghebahan maklumat serta aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh MBM mendapat liputan oleh media massa bagi tujuan hebahan khususnya kepada golongan Belia.

Sesi perkongsian pendapat bersama Dato’ Husammuddin Yaacob, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf banyak dimanfaatkan oleh pihak MBM. Beliau menegaskan MBM bertanggungjawab dalam membina karakter golongan muda masakini bagi mewarisi kepimpinan masa hadapan yang lebih mencabar. Beliau banyak menekankan soal didikan agama kepada golongan belia sebagai landasan yang betul untuk menjadi seorang pemimpin.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Presiden, Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Naib Presiden, Sdr. Khairul Annuar Mansor, Setiausaha Agung, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan, Sdr. Mohammad Rizan Hassan dan Exco, Sdr. Eric Choo.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »