Home / Berita / Muammar Ghadafi dipilih Presiden MBM

Muammar Ghadafi dipilih Presiden MBM

KUALA LUMPUR, 18 Jan 2015 – Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin hari ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi sesi 2014-2016 pada pemilihan anggota jawatankuasa kerja majlis itu di sini.
   
Muammar Ghadafi Jamal dari Gerakan Belia 4B Malaysia menggantikan Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang menjawat jawatan itu bagi dua penggal berturut-turut sebelum ini.
   
Sementara bekas Setiausaha Agung MBM, Mohd Zaidi Aziz turut menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden MBM.

Jawatan setiausaha diisi Ahmad Saparudin Yusup (Angkatan Belia Islam Malaysia).
   
Pemilihan anggota jawatankuasa MBM, yang diadakan sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan ke-63 majlis itu dihadiri 346 perwakilan.
   
Mesyuarat turut memilih 12 Anggota Jawatankuasa Kerja daripada 17 calon yang bertanding. – Bernam

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »