Home / Berita / Ekstremisme merupakan ancaman perpaduan negara

Ekstremisme merupakan ancaman perpaduan negara

KUALA LUMPUR – Barisan kepimpinan baharu Majlis Belia Malaysia (MBM) diharap dapat terus memainkan peranan mempromosi konsep kesederhanaan untuk memastikan golongan belia di negara ini tidak terjebak dengan sebarang kegiatan ekstremisme.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, fahaman ekstremisme yang datang dalam pelbagai bentuk merupakan satu ancaman kepada perpaduan negara dan perlu ditangani secara konsisten.

“Dalam negara, kita berdepan dengan ekstremisme dari pelbagai sudut ada yang terlalu ultra ortodoks, ultra konservatif, ultra sosial, ultra liberal. Kita nak tengok anak muda kita berada di ‘golongan tengah’.

“Dalam apa jua pentas saya mendengar suara kepimpinan MBM sentiasa membangkitkan soal perpaduan, kesederhanaan.

Kalau inilah suara hati anak muda yang dibawa pimpinan MBM selama ini, pimpinan baharu perlu teruskan pendekatan yang sama untuk pastikan anak muda belia di Malaysia tidak ditarik oleh ektremisme,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MBM ke-63 di sini, hari ini. – Bernama

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »