Home / Berita / MBM perkenal Projek Tirai Pembahagi

MBM perkenal Projek Tirai Pembahagi

Assalamualaikum rakan-rakan belia yang prihatin.

Alhamdulillah . Usaha dalam menggerakkan bantuan melalui MISI BELIA PRIHATIN MBM-KBS di seluruh negara berjaya digerakkan had keupayaan kita. Penggerak kita terus memberikan khidmat dan kesungguhan menyampaikan bantuan terus kepada sasaran.

Berbekalkan semangat inovasi, penambahbaikan dan pemupukan semangat goyong-royong, MBM mengambil inisiatif menjayakan Projek Tirai Pembahagi yang membentuk bilik-bilik yang terbahagi antara keluarga di pusat pemindahan.

Dengan menggunakan kelengkapan yang ringkas (kain langsir, tali, jarum dan benang) projek ini dilihat amat unik dan merupakan satu pembaharuan dan boleh dipertingkatkannoada masa hadapan.

Hal ini di akaui sendiri oleh MP Dungun sendiri yang melawat projek berkenaan dan melihat sendiri prototype tersebut. Beliau dalam ucapan penyampaian bantuan di pusat berkenaan (SK Kg Nyior, Dungun) amat menyanjung idea unik MBM ini. Bagi maksud sokongan tersebut, beliau mengumumkan akan meneruskan projek tersebut dengan kerjasama Majlis Belia Dungun sebagai anchor dan JKK serta petugas tersebut.

Sdr Ahmad Saparudin Yusup (Pen Setiausaha Agong MBM) dalam ucapannya mengajak semua pihak menjayakan dan menambahbaikkan projek ini. Beliau mengajak hadirin agar menjadikan pusat pemindaham ini sebagai projek angkat belia agar menjadi contoh .

Dalam menggerakkan projek ini, pasukan MBM melakukan ‘transfer knowledge’ kepada MBD Dungun yg turut digerakkan oleh 4B, ABIM, MAYC, GPMS . Ini merupakan satu misi bagi menggerakkan badan gabungan di peringkat daerah.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »