Home / Berita / Organisasi belia perlu mantap
Musa Aman

Organisasi belia perlu mantap

Bagi membela masa depan kumpulan sasar

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, ini amat penting supaya lebih banyak belia akar umbi mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan kerajaan terutama berkaitan dengan pembangunan dan kemajuan golongan tersebut.

“Saya juga menyeru golongan belia di seluruh negeri memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan peluang disediakan kerajaan menjana kejayaan golongan belia sebagai generasi yang bakal mencorak masa depan negara dicintai ini,” katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada majlis penghargaan dan makan malam Majlis Belia Sabah (MBS) di Dewan Hakka di sini, malam ini.

Beliau berkata, MBS berjaya membuktikan bahawa organisasi itu menjadi suara dan wadah bagi belia di Sabah dalam mengete­ngahkan hasrat dan aspirasi golo­ngan berkenaan.

Beliau berkata, budaya kecemerlangan kerja yang diamalkan berupaya meningkatkan MBS ke satu tahap yang amat tinggi, baik dari segi fizikal mahupun pencapaian belia negeri itu pada keseluruhannya.

“Syabas dan tahniah atas kejayaan menganjurkan majlis ini yang tentunya satu manifestasi kesungguhan pimpinan pertubuhan belia dalam membantu kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada golongan belia dan kepimpinannya di seluruh negeri,” katanya.

Menyedari belia adalah aset tidak ternilai bagi memacu kemajuan negeri, Musa berkata kerajaan Sabah memberi tumpuan khusus kepada pembangunan belia terutama melalui peningkatan peruntukan serta hak upaya golongan itu.

Pada masa sama, katanya kerajaan negeri terus menyediakan ruang, peluang dan persekitaran kondusif untuk menjana dan menggilap potensi belia dalam pelbagai bidang.

Beliau berharap, segala program, gerak kerja dan inisiatif golongan belia terus diperhebat dan diperluaskan bagi memastikan kejayaan dan kecemerlangan belia demi meneruskan kesinambungan pembangunan, keamanan dan kemakmuran.– BERNAMA

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/organisasi-belia-perlu-mantap-1.39472#sthash.iALa1QG7.dpuf

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »