Home / Akhbar / Kerajaan bendung belia terlibat ekstremis sosial – Khairy
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) berselfie dengan sebahagian exco-exco Majlis Belia Malaysia selepas mempengerusikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang IV Penggal ke-29 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur, hari ini. -fotoBERNAMA

Kerajaan bendung belia terlibat ekstremis sosial – Khairy

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Kerajaan akan mengambil pendekatan terbaik bagi mengawal dan mencegah belia daripada terlibat kegiatan ekstremis sosial, kata Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ancaman ekstremis yang datang dalam pelbagai bentuk gagasan dan ideologi mampu mendorong generasi muda ke arah keruntuhan akhlak, sosial serta hilang jati diri dan nilai ketimuran yang didukung sejak sekian lama.

“Contoh ancaman (ekstremis sosial) yang dihadapi Malaysia hari ini ialah apabila anak muda kita mula tertarik dengan perjuangan kumpulan militan digelar IS, bukan sekadar minat, malahan sanggup untuk menjelajah ke medan peperangan, kononnya atas nama jihad.

“Kita anggap tarikan ekstremis sosial ini sebagai saingan kepada kita, kita harus sediakan sesuatu yang lebih menarik, yang dapat penuhi idealisme mereka, supaya mereka tak perlu penuhi idealisme mereka melalui landasan terpesong,” katanya ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang IV Penggal Ke-29 di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan telah melihat keperluan dalam merangka dasar, hala tuju, serta program yang relevan dalam usaha memastikan belia tidak mudah terjebak dalam gejala ekstremis sosial ini sehingga menjadi golongan ultra-liberal atau ortodoks agama.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Khairy berkata, buat masa kini program MyCORP iaitu program sukarelawan kebajikan peringkat antarabangsa dilihat platform terbaik dalam merealisasikan hasrat itu. – BERNAMA
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-bendung-belia-terlibat-ekstremis-sosial-khairy-1.25815#sthash.BNA32ljK.dpuf

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »