Home / Berita / Pavilion MBM – Dari Belia Untuk Belia

Pavilion MBM – Dari Belia Untuk Belia

Pavillion Majlis Belia Malaysia untuk Festival Belia Putrajaya 2014 pada 23-25 Mei 2014 berkonsepkan galeria luar yang bersifat santai dan mesra belia. Pameran ini memuatkan informasi mengenai Majlis Belia Malaysia (MBM) dan bidang tugas MBM.

Antara pengisian sepanjang pameran berlangsung adalah mainan berpapan (board games) seperti dam dan scrabble serta persembahan pentas yang terdiri dari persembahan muzik genderang, akustika dan okestra alat tiup oleh para belia. Kumpulan-kumpulan ini adalah hasil dari projek komuniti setempat bagi memberi kefahaman muzik sebagai medium untuk mendidik dan memupuk disiplin, tekad dan nilai masyarakat ke dalam diri belia. IMG_4724

Mendekati tahun 2015 yang merupakan tahun sasaran untuk pencapaian keseluruhan Millennium Development Goals, pemikiran dan pemahaman perlu disasarkan kepada pembangunan global melangkaui 2015. Justeru, sepanjang pameran ini, MBM turut menjalankan kempen kesedaran mengenai penglibatan belia Malaysia berkenaan Agenda Pasca Pembangunan 2015 (Post-2015 Development Agenda) melalui inisiatif bersama MBM dalam Global Partnership for Youth in the Post-2015 Agenda #GPY2015 di bawah Pejabat Utusan Khas Belia kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Belia Malaysia telah berkongsi keutamaan-keutamaan yang difikirkan perlu, bagaimana cara mengatasi dan siapa yang terlibat dengan mencoret di atas kanvas yang disediakan.

IMG_4706

Pameran kali ini turut disertai oleh SOLS 24/7 sebuah NGO pendidikan antarabangsa yang menawarkan pendidikan asas percuma di serata Malaysia. Pusat Dalam Komuniti (PDK) Trolak yang menyertai pameran ini telah membawa hasil kerja tangan dan usaha orang kurang upaya di kawasan tersebut. Jawatankuasa Belia dan Perpaduan MBM turut menyediakan Unity Corner untuk mengumpul pendapat dari orang ramai mengenai isu perpaduan. Pameran turut disertai Majlis Belia Orang Asli dan Kelab Belia Bell Tamil.

IMG_4856

3

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »