Home / Berita / 1000 HADIR SEMBANG SANTAI BELIA BERKEMAHIRAN

1000 HADIR SEMBANG SANTAI BELIA BERKEMAHIRAN

24 Mei 2014 (Putrajaya)

Karnival 1B1K-SkillsMalaysia 2014 sempena Festival Belia Putrajaya 2014 berjaya menghimpunkan 1000 orang belia berkemahiran untuk sesi Himpunan Belia Berkemahiran bersembang santai dengan YB Dato’ Sri Hj Ismail Hj Mutalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia.

Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr. Pang Chau Leong, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia.

Maliki dalam ucapannya berkata, MBM menganggap himpunan sebegini sebagai platform terbaik bagi golongan belia berkemahiran menyuarakan pandangan kepada kerajaan. Beliau berkata, belia berkemahiran bebas menyuarakan idea, harapan, cita-cita dan kritikan yang boleh menyumbang kejayaan negara. Justeru itu, MBM akan terus menjadi badan yang mewakili belia berkemahiran dalam memperjuangkan nasib dan masa depan mereka agar tidak ketinggalan dalam persaingan dengan golongan belia di aliran akademik. Pada masa yang sama, MBM juga akan terus sepanjang tahun menggerakkan Program 1B1K-MBM kepada kawasan luar bandar agar suara golongan belia di desa dan kawasan pedalaman dapat informasi tentang peluang latihan kemahiran dan bantuan pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan.

Semnetara itu YB Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pembangunan modal insan perlu diberi keutamaan jika mahu melahirkan individu yang berketerampilan dan berkualiti bagi memenuhi aspirasi negara. Malah alaf 21 ini menuntut daya dan kualiti modal insan yang mampu mengharungi cabaran globalisasi dan menyumbang kepada kemajuan.

Jesteru mendaya modal insan diberi penekanan dalam usaha menuntut oriantasi pengilmuan dan pendidikan yang menyeluruh dengan landasan etika dan nilai dijadikan pedoman utama.

Beliau juga berkata ketika ini kerajaan akan memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran dan mempergiatkan program latihan semula. selain mempergiatkan skim-skim latihan yang ada.

Apa yang boleh dikatakan mendaya modal insan penting untuk mencapai impian negara maju yang sejahtera menjelang 2020. Ilmu, kemahiran dan profesionalisma menjadi bekalan untuk bersaing dalam dunia yang amat terbuka, Lantaran itu belia berkemahiran harus mengubah sikap dan sentiasa berusaha mempertingkat kemahiran walaupun mempunyai kelulusan, ini supaya mereka mampu terus berdaya saing dalam pasaran kerja global.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »