Home / Berita / TPM luang lebih sejam di Festival Belia Putrajaya

TPM luang lebih sejam di Festival Belia Putrajaya

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan lebih sejam bagi melawat sekitar Festival Belia Putrajaya 2014 yang berlangsung tiga hari bermula semalam.

Beliau yang diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Timbalannya Datuk M. Saravanan memulakan lawatan di segmen Karnival Pelancongan Belia 2014.

Segmen itu memberi pendedahan kepada belia mengenai produk pelancongan serta peluang pekerjaan dan perniagaan dalam sektor pelancongan.

Muhyiddin kemudian mengunjungi segmen Malaysia International Youth Exchange (MIYE) yang memaparkan budaya dan warisan masyarakat Asean, sebelum melawat di sekitar segmen Kaki Seni di dalam bangunan Perbadanan Putrajaya.

Muhyiddin turut merasmikan Hub Hal Ehwal Luar Bandar yang diadakan bagi membantu golongan luar bandar, sebelum merasmikan Karnival Kerjaya Belia BN (BN Youth Job Fair) yang menyaksikan kira-kira 38,000 pengunjung, 5,700 resume yang dihantar dan 87 ditawarkan pekerjaan setakat ini.

Beliau turut menyaksikan penyerahan surat tawaran kepada mereka yang berjaya mendapat pekerjaan melalui karnival itu, sebelum melawat tapak-tapak pameran syarikat-syarikat.

Sebanyak 20,000 peluang pekerjaan dari hampir 400 syarikat terkemuka mengambil bahagian dalam karnival itu termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sapura Kencana, Maybank, Petronas.

Dalam sidang berita selepas itu, Khairy berkata beliau gembira kerana festival itu boleh dianggap berjaya dengan jumlah pengunjung yang begitu tinggi.

Beliau berkata walaupun kementerian tidak mengesan jumlah pengunjung untuk tahun ini, namun dari mata kasar jumlahnya agak sama dengan tahun lalu.

“Kami lebih mengambil berat tentang acara, jadi tak jadi hal berapa ramai,” katanya. – Bernama

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »