Home / Berita / Unity Corner : Coretan pendapat, idea dan kehendak masyarakat mengenai perpaduan Malaysia

Unity Corner : Coretan pendapat, idea dan kehendak masyarakat mengenai perpaduan Malaysia

PUTRAJAYA – Majlis Belia Malaysia (MBM) di bawah Jawatankuasa Belia Dan Perpaduan telah menganjurkan Unity Corner untuk pertama kalinya bersempena Festival Belia Putrajaya yang diadakan pada 23-26 Mei 2014. Program ini merupakan salah satu daripada tiga kaedah yang dibincangkan sewaktu mesyuarat jawatankuasa bagi mendapatkan informasi berkaitan dengan suasana perpaduan di negara kita. Program ini telah berlangsung di dua lokasi iaitu di Pavilion MBM dan di segmen 1Belia 1Kemahiran sepanjang Festival Belia Putrajaya berlangsung.

Unity Corner ini bertujuan untuk mengetahui pandangan, idea dan kehendak orang ramai khususnya golongan belia mengenai perpaduan di Malaysia. Orang ramai yang melawat booth digalakkan menulis pendapat dan idea masing-masing berdasarkan tiga soalan iaitu faktor-faktor/isu yang dirasakan boleh menjejaskan perpaduan negara, penyelesaian kepada faktor/isu tersebut, dan usaha/ perkara baik yang wujud,yang patut diteruskan untuk mengekalkan perpaduan negara.

Konsep yang dipilih untuk program ini adalah kebebasan dan kejujuran dalam menyuarakan pendapat dan idea masing-masing di atas kertas yang diberikan berdasarkan keadaan semasa negara kita. Walau bagaimanapun, pandangan dan komen yang dibuat adalah berpandukan kepada 9 teras perpaduan iaitu Pendidikan, Spatial, Etnisiti, Kelas, Gender, Politik, Bahasa, Antara Generasi dan Agama.

Penganjuran program seperti ini diharap dapat mencungkil seberapa banyak maklumat dan input-input berguna daripada masyarakat terutamanya pandangan orang muda mengenai isu-isu perpaduan yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »