Home / Berita / Majlis meraikan pemenang Pertandingan Menulis Artikel dalam talian sempena Tahun Kesukarelaan 2013

Majlis meraikan pemenang Pertandingan Menulis Artikel dalam talian sempena Tahun Kesukarelaan 2013

Kuala Lumpur – 12 Disember 2013, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia(MBM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan telah diadakan bagi menghargai dan memartabatkan karya penulisan berkualiti untuk pertandingan yang diadakan.

Majlis bagi meraikan pemenang Pertandingan Menulis Artikel dalam talian sempena Tahun Kesukarelaan 2013, serta 3 sayembara anjuran DBP iaitu Sayembara Menulis Novel Citra Malaysia, Sayembara Menulis Karya Adaptasi Novel kepada Drama TV, dan Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Berunsur Islam telah diadakan di Dewan Bankuet Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur .

Pertandingan Menulis Artikel telah dianjurkankan oleh MBM dengan kerjasama DBP dan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)sebagai salah satu medium untuk para belia mengemuka dan  mengolah idea dengan penulisan bertaraf tinggi  dan memupuk gaya fikir yang berasaskan fakta dan penyelidikan.

Tema penulisan artikel adalah berdasarkan kesukarelaan dalam skop Pembangunan Lestari, Pemeliharaan Warisan Budaya, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan, Pengekalan Sejarah, Pembangunan Belia, Hak Asasi Manusia, Penghijrahan Antarabangsa,dan Kesihatan Mental.

Majlis telah disempunakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, bagi menyerahkan hadiah wang tunai, sijil dan hadiah iringan kepada para pemenang. Antara tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Prof. Dato’  Seri Dr. Md. Salleh Bin Yaapar Pengerusi Lembaga Pengelola DBP,Datuk Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP dan Puan Wan Salwati Hj Abdullah, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia.

Berikut adalah Pemenang bagi Pertandingan Menulis Artikel dalam talian sempena Tahun Kesukarelaan 2013

Kategori Bahasa Melayu:  Remaja

1. Nazmina binti Mohd. Zaki

Tajuk: Ibu Bapa Pencetus Kesihatan Mental Anak-Anak

Hadiah: RM 750 , dan hadiah iringan

2. Chong Sin Yee

Tajuk :Kesukarelaan Pemangkin Pembangunan Belia

Hadiah : RM 500 dan hadiah iringan

3. Durai Murugan a/l Veerasingam

Tajuk: Pembangunan Lestari

Hadiah : RM 250 dan hadiah iringan

Kategori Bahasa Melayu: Terbuka

1. Siti Hanisah binti Abdul Latif

Tajuk: Kesukarelaan Memartabat Bahasa Melayu Dalam Memupuk Perpaduan

Hadiah : RM 1500 dan hadiah iringan

2. Nurul Badriyah binti Ali

Tajuk: Kesukarelaan : Kesihatan Mental

Hadiah : RM 1000 dan hadiah iringan

3. Ainul Yaqin binti Abdullah

Tajuk: Kesukarelaan Membantu Proses Pembangunan Belia

Hadiah: RM 750 , dan hadiah iringan

Kategori Bahasa Inggeris

1.Hanif Bin Zainal Abidin

Tajuk Sustainable Development

Hadiah : RM1500 dan hadiah iringan

2. Siti Nur Sarah Binti Salleh

Tajuk: The Volunteering Power of Youth

Hadiah: RM1000 dan hadiah iringan

3.Moganashwari A/P Kandasamy

Tajuk : Youth Development

Hadiah : RM750 dan hadiah iringan

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta pertandingan atas karya yang berkualiti.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »