Home / Edisi / 1,336 laporan polis seluruh negara
Ahli-ahli daripada 15 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman bagi membantah penganjuran Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar, semalam.

1,336 laporan polis seluruh negara

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Bantahan demi bantahan disuarakan pelbagai pihak berhubung penganjuran perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada Selasa ini dan sebanyak 1,336 laporan diterima polis di seluruh negara sehingga petang ini.

Daripada jumlah itu, Perak mendahului jumlah laporan dengan 244 laporan, diikuti Sabah (207), Terengganu (205), Selangor (154), Melaka (105), Pahang (97), Johor (85), Kedah (77), Kelantan (50), Perlis (41), Sarawak (30), Negeri Sembilan (14), Pulau Pinang (14) dan Kuala Lumpur (13).

Di SELANGOR, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Bahagian UMNO Ampang Jaya menyifatkan penganjur perhimpunan haram itu tidak ubah seperti pengkhianat yang berniat untuk merosakkan imej negara.

Setiausaha Agung JMM, Hamdan Mohd. Salleh berkata, niat sebenar penganjur perhimpunan itu semata-mata untuk menghuru-harakan negara dengan mengeksploitasi rakyat negara.

“Bukan sekali mereka melakukan kegiatan tidak berfaedah sebegini. Niat mereka hanya mahu menghuru-harakan negara ini,” katanya yang ditemui bersama Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, di Balai Polis Ampang Jaya di sini.

Turut membuat laporan ialah Ketua Penerangan Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM), Ismail Hassan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di IPD Gombak.

Di JOHOR, sebanyak 32 laporan polis dibuat di IPD Kluang oleh kira-kira 200 wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) dan 28 badan bukan kerajaan NGO diketuai Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Senator Datuk Noriah Mahat.

Di SABAH, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Beaufort turut membuat laporan polis.

Di MELAKA, sebanyak 11 NGO dan parti politik membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah iaitu UMNO Bahagian Kota Melaka, Pesaka Melaka, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Peringgi Hang Tuah dan Persatuan Kontraktor Melayu Melaka.

Turut sama Persatuan Kompang Ezhar Melaka Tengah, JKKK Pengkalan Rama, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kota Melaka, Belia 4B Kota Melaka dan Koperasi Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Berhad (KPPK Berhad).

Di KEDAH, Bekas Exco Pemuda Pas Kedah, Zainon Ismail mengingatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada insiden kekacauan yang berlaku di Thailand sebelum melakukan perkara sama.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis bersama Pertubuhan Hizbah 1Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Persatuan Gayung Pusaka, Persatuan Kerabat Pusaka Merong Mahawangsa Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia Kedah dan lain-lain di Balai Polis Alor Setar.

Selain itu, kira-kira 50 orang ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) daerah Kuala Muda turut membuat laporan di Sungai Petani.

Di PERAK, Pengerusi Persatuan Bekas Perajurit Malaysia Bukit Chandan, Bahari Abdul Rani dalam laporan polisnya mengesa kerajaan menggubal undang-undang yang lebih keras seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelak mana-mana pihak mengadakan sebarang perhimpunan haram.

Turut membuat laporan ialah Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) Kuala Kangsar, Gerakan Belia 4B Malaysia Kuala Kangsar dan Persatuan Ketua Kampung Parlimen Kuala Kangsar.

Di PAHANG, NGO yang tampil membuat laporan di IPD Kuantan ialah Persatuan Kemanusiaan Beserah dan Sungai Karang (Bakkis), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Kuantan, Persatuan Nelayan Kuantan dan Persatuan Belia Kuantan.

Turut membuat laporan di Balai Polis Kuala Krau ialah UMNO Bahagian Kuala Krau, Warisan Anak Pahang Sejati (WAPS), Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Jengka, Persatuan Veteran Tentera, Persatuan Veteran Polis dan lain-lain.

UMNO Bahagian Jerantut bersama tiga sayap parti itu, Majlis Belia Jerantut, MAYC, Pesaka, Perkasa, Persatuan Ketua Kampung Jerantut, Gerakan Belia 4B, dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) juga membuat laporan di IPD Jerantut.

Di KELANTAN, Persatuan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan; Pekida Pasir Puteh serta pertubuhan belia setempat dan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu membuat laporan di IPD Pasir Puteh.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »