Home / Akhbar / Persepsi belia terhadap bidang pertanian akan diubah

Persepsi belia terhadap bidang pertanian akan diubah

PUTRAJAYA 25 Mei 2013 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan fokus terhadap usaha mengubah persepsi negatif golongan belia terhadap bidang pertanian bagi mendekatkan dan meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang itu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ramai daripada golongan belia menganggap pertanian adalah bidang untuk mereka yang lebih berusia dan miskin serta tidak memerlukan pendidikan tinggi mahupun teknologi moden.

“Kita dalam proses untuk mengubah persepsi supaya belia sedar yang pertanian adalah kerjaya dunia moden.

“Kita tak nak orang menganggap bahawa mereka yang terlibat dalam dunia pertanian adalah orang miskin sedangkan di negara-negara maju seperti di Jepun, Belanda, Korea dan sebagainya orang yang terlibat dalam bidang pertanian adalah orang kaya dan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan MAHA Youth 2013 sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Ismail Sabri berkata, untuk itu pelbagai program akan dilaksanakan termasuk di peringkat universiti dengan kerjasama persatuan-persatuan belia dan pihak-pihak yang berkenaan.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mengkaji pertukaran nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kembali kepada Universiti Pertanian, bagi mengembalikan persepsi bahawa pertanian juga berhubung kait dengan bidang pendidikan.

“Dulu orang nampak pelajar lepasan Universiti Pertanian adalah golongan bijak pandai yang ada kaitan dengan pertanian, tapi bila ditukar namanya masyarakat dah lupa perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, kementerian juga akan memberi tumpuan untuk membangunkan modal insan dan melahirkan tenaga kerja mahir tempatan memandangkan kekurangan tenaga kerja tersebut masih merupakan cabaran dalam industri agro makanan negara.

Beliau berkata, persekitaran kerja yang kurang kondusif, peluang kerjaya yang terhad, upah yang rendah dan persepsi negatif masyarakat terhadap sektor pertanian menyebabkan ramai tidak berminat berkecimpung dalam bidang tersebut, lantas menyebabkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Justeru, kementerian akan menambah baik prasarana insitusi latihan di bawah kementerian serta meningkatkan pengambilan pelatih mengikut keperluan industri pertanian, katanya. – BERNAMA

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »