Home / Akhbar / Barisan Kabinet baharu harus letakkan kepentingan rakyat

Barisan Kabinet baharu harus letakkan kepentingan rakyat

KUALA LUMPUR 11 Mei 2013 – Barisan Kabinet baharu yang akan dibentuk di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak harus meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mahu barisan Kabinet itu turut merasai denyut nadi rakyat dan memahami keperluan serta kehendak masyarakat di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, pemimpin yang bakal dilantik juga semestinya sentiasa bersikap profesional dan mempunyai kualiti sebagai seorang menteri dan timbalan menteri.

“Mesti ada perancangan yang mahu dilaksanakan pada setiap tahun untuk tempoh lima tahun ini. Kita tidak mahu rancangan yang diatur secara segera atau ad-hoc. Yang paling penting, kita mahukan Kabinet yang boleh mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat Malaysia,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, Kabinet dibentuk perlu terdiri daripada tokoh pemimpin berwibawa yang diterima masyarakat.

“Ini adalah lima tahun kritikal buat rakyat Malaysia, jadi barisan pemimpin kerajaan juga harus datang daripada mereka yang benar-benar komited dan sentiasa konsisten untuk berkorban demi rakyat,” katanya.

Selain itu, MBM juga berharap suara golongan belia terus menjadi agenda utama dalam barisan kepimpinan Najib selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 berakhir.

Nada sama juga disuarakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim yang mahu barisan Kabinet kali ini turut mempertimbangkan tokoh-tokoh muda dan bertenaga.

“Kita juga berharap Kabinet Najib ini mempunyai peribadi yang begitu dihormati dan terbukti rekod perkhidmatannya cemerlang, selain melantik mereka yang diketahui mempunyai keyakinan tinggi,” katanya.

Katanya, GPMS begitu menyokong sekiranya Perdana Menteri melantik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk membarisi Kabinet baharu kerajaan nanti berdasarkan kebolehannya sebagai pemimpin muda.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Perdana Menteri diharap dapat mewujudkan semula kementerian khusus untuk pembangunan usahawan yang dilihat masih penting dan relevan untuk kemajuan orang Melayu dan bumiputera.

Katanya, kementerian itu telah banyak membantu kaum bumiputera sebelum dimansuhkan dan sewajarnya dikembalikan dalam Kabinet kali ini.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri juga harus dilantik daripada kalangan tokoh yang berani dan tegas dalam membuat keputusan.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »