Home / Akhbar / Kereta antik meriahkan Bandar Mesra Belia

Kereta antik meriahkan Bandar Mesra Belia

PUTRAJAYA 23 Mei 2012- Jalan-jalan di Bandar Mesra Belia pada hari pertama karnival Himpunan Jutaan Belia di sini, dimeriahkan dengan perarakan konvoi 100 buah kereta mewah, antik dan 50 buah motosikal.

Peserta-peserta konvoi yang memeriahkan suasana sambutan itu terdiri daripada 14 ahli persatuan kereta dan empat kelab persatuan motosikal dari seluruh negara.

Kehadiran kenderaan berkenaan ternyata berjaya menjadi tumpuan warga Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan para pengunjung yang mula membanjiri ruang-ruang yang disediakan.

Pelepasan konvoi tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Borhan Dollah.

Turut menyertai konvoi sepanjang 14 kilometer yang bermula dan berakhir di Kementerian Belia dan Sukan itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dua timbalannya, Gan Ping Sieu dan Datuk Razali Ibrahim, serta Ketua Setiausahanya, Datuk Mohid Mohamed.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »