Home / Akhbar / Hari belia perkukuh sayangi Malaysia
Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Hari belia perkukuh sayangi Malaysia

PUTRAJAYA 24 Mei 2012 – Sambutan Hari Belia Negara 2012 mampu menjadi saluran untuk para belia merangka program bersifat kerohanian dan pembangunan modal insan selain menggabungkan semangat kecintaan terhadap negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program yang dikenali sebagai Himpunan Jutaan Belia selama lima hari itu memberi ruang secukupnya kepada para belia untuk menyemarakkan jati diri menjadi generasi cemerlang dan seterusnya bakal mewarisi pemimpin masa kini.

“Saya yakin kerangka pembangunan insan para belia adalah menerusi ilmu dan kerajaan telah pun menyediakan pelbagai jenis program, termasuk sambutan ini untuk mengembangkan ilmu mereka sejajar dengan perkembangan semasa.

“Kerajaan yakin jika tubuh atau akar belia sihat maka akal dan ilmunya juga akan sihat dan lantas dapat menjadi bakal pewaris pemimpin negara di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Belia Islam sempena Program Himpunan Jutaan Belia yang turut disertai oleh pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Dalam pada itu, Jamil Khir menyeru pihak masjid dan surau di Putrajaya agar memperbanyakkan kegiatan keagamaan dan berbentuk kerohanian sebagai pengisian sempena program Hari Belia Negara.

Beliau sendiri akan menyampaikan khutbah Jumaat khas sempena Himpunan Jutaan Belia dan sambutan Hari Belia Negara di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, esok.

“Sebenarnya kepelbagaian program ini perlu diterjemahkan secara lebih luas termasuk bacaan surah Yasin, tahlil dan khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Putrajaya.

“Perancangan Himpunan Jutaan Belia sebenarnya menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada program bersifat hiburan dan sukan semata-mata tetapi merangkumi pelbagai kerohanian dan pembangunan modal insan,” katanya.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »