Home / Akhbar / Program Semarak Merdeka

Program Semarak Merdeka

195

Tanjung Malim –  Majlis Belia Malaysia bersama Majlis Daerah Tg Malim dan Rukun Tetangga Kg Sawa hari ini  menganjurkan Program Semarak Merdeka peringkat Jalan Slim Lama di Padang Majlis Daerah Tg Malim Kampung Sawa.

Turut hadir dalam majlis tersebut Dato Seri Ong Ka Chuan Ahli Parlimen Tg Malim, ADUN Behrang Jamaluddin dan En Zaidi Setiausaha Agung Gerakan Belia Malaysia.

Majlis tersebut bermula jam 3pm sehingga 10pm dipenuhi pelbagai acara dan sukaneka sepanjang majlis tersebut.

Acara bermula  dengan perarakan Kontinjen masuk Barisan memegang bendera Malaysia yang terdiri dari 20 buah kampung dan antaranya terdiri dari 6 buah perkampungan Orang Asli sekitar Tg Malim.

Zaidi berkata dalam sidang akhbarnya, program tersebut turut menjemput beberapa artis undangan seperti Ramli Sarip dan Farhan AF serta mengadakan tayangan wayang pacak mengenai sejarah kemerdekaan negara dan dijangka anggaran 5 ribu orang akan membanjiri Padang Majlis Daerah tersebut

“program ini untuk mendedahkan kepada para belia semangat kemerdekaan agar mereka menghargai perjuangan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dan mengenali siapa Bapa Kemerdekaan kita” jelasnya.

Beliau berkata lagi, Program Semarak Merdeka ini dilakukan sempena Bulan Kemerdekaan Negara yang ke-54 dan 16 September pula merupakan Sambutan Kemerdekaan Negara serta  Sambutan Hari Malaysia.

Terdahulu ucapan Dato Seri Ong Ka Chuan menyatakan anak-anak muda hari ini harus berterima kasih kepada perjuangan dan pengorbanan wira-wira kemerdekaan kerana keharmonian dan keamanan yang dikecapi hari ini tidak akan dirasai tanpa mereka.

Sebelum Majlis berakhir, Zaidi bersama Dato Seri Ong Ka Chuan tidak lupa pada jasa Pesara-pesara Polis yang pernah berkhidmat zaman Komunis dengan memberikan Plak penghargaan sempena Sambutan Kemerdekaan ini.

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »