Home / Akhbar / Perkara 153 bukan untuk Melayu

Perkara 153 bukan untuk Melayu

perlembagaan

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Usaha orang Melayu mempertahankan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bukanlah atas dasar perjuangan membela kaum itu semata-mata, tetapi juga kerana menghormati keluhuran Perlembagaan yang turut mengiktiraf hak bangsa lain.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz berkata, tidak pernah timbul isu buli membuli dalam usaha itu walaupun ia melibatkan peruntukan mengenai hak istimewa orang Melayu.

“Mereka yang mempertikaikan Perkara 153 perlu membacanya secara penuh tanpa prejudis, jelas ia mengiktiraf hak dan kedudukan kaum serta agama lain.

“Jika mereka mempertikaikan juga, ia bermaksud mereka tidak menghormati Perlembagaan yang menjadi asas perundangan negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, bahawa tafsiran yang menyatakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan boleh disamakan sebagai membuli kaum lain adalah sesuatu yang tidak betul.

Minggu lalu, Pengerusi Evangelical Christian Fellowship Nasional (NECF), Reverend Dr. Eu Hong Seng ketika berucap pada majlis minum teh Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dipetik sebagai berkata, Perkara 153 adalah menyerupai membuli jika ia hanya melindungi hak satu kumpulan.

Menurut Shamrahayu, rakyat perlu menolak golongan yang mempunyai agenda tersendiri dengan mempertikai Perlembagaan itu berulang kali.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam seharusnya berterima kasih serta bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan tanpa sekatan daripada pelbagai aspek di negara ini.

“Mereka telah menikmati kehidupan yang sangat baik, malah lebih baik daripada bumiputera sendiri serta bebas mengamalkan adat dan agama mereka,” ujarnya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, kenyataan Hong Seng lebih bersifat menghasut serta boleh menimbulkan rasa tidak selesa antara pelbagai kaum.

“Sebagai pemimpin agama dan kaum, kita seharusnya mengambil pendekatan yang lebih rasional dalam usaha menyatukan seluruh kaum bagi memastikan perpaduan terpelihara,” katanya.

Sehubungan itu katanya, MBM mendesak Hong Seng menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »