Home / Akhbar / Pengkhianatan paling besar

Pengkhianatan paling besar

presiden

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Keengganan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk memohon maaf serta menarik balik kenyataannya berhubung tragedi di Bukit Kepong merupakan pengkhianatan paling besar kepada pejuang-pejuang kemerdekaan negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kedegilan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak lagi boleh dianggap sebagai gimik politik, sebaliknya merupakan jenayah kerana menyokong kumpulan pengganas komunis yang pernah menimbulkan huru-hara di negara ini.

Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana Mat Sabu boleh membuat kenyataan menyokong pengganas komunis sedangkan beliau merupakan pemimpin nombor dua dalam sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam.

“Adakah beliau tidak tahu bahawa dalam tragedi Bukit Kepong, pengganas komunis telah membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka yang rata-ratanya merupakan orang Islam?

“Jadi bagaimana pula beliau boleh menyokong komunis dan mendakwa golongan tersebut sebagai pejuang sebenar?

“Ini merupakan pengkhianatan kepada para pejuang kemerdekaan negara dan boleh dianggap sebagai satu jenayah kerana menyokong pengganas,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kedegilan Mat Sabu yang tidak mahu memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi di Bukit Kepong walaupun mendapat desakan daripada pelbagai pihak termasuk sekutu rapatnya sendiri iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh.

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »