Home / Akhbar / NGO junjung titah Sultan Johor jaga keamanan, keselamatan negara

NGO junjung titah Sultan Johor jaga keamanan, keselamatan negara

KUALA LUMPUR 10 Julai – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa orang ramai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya memelihara dan menjaga keamanan serta keselamatan negara daripada anasir yang tidak diingini.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi ketika ini dijunjung dengan permuafakatan seluruh rakyat negara ini terutama orang Melayu.

“Kewujudan anasir negatif yang memudaratkan keamanan negara kini terserlah sehinggakan Sultan Johor turut khuatir dengan penularan pengaruh negatif ini.

“Saya juga menyeru semua orang Melayu supaya sedar bahawa bangsanya kini diperalat pihak yang berkepentingan sebagai kuda tunggangan demi mengecapi impian liar mereka,” katanya di sini hari ini.

Tambah Osman, penyelesaian terbaik bagi menghapuskan ancaman anasir itu adalah dengan berpegang teguh kepada asas agama, bangsa dan negara yang dilihat sudah cukup untuk dijadikan panduan lengkap bagi seseorang individu.

Semalam, Sultan Johor bertitah, sebagai negara berdaulat, tanggungjawab mempertahankan tanah air bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab seluruh rakyat.

Sementara itu, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Irmohizam Ibrahim juga menyokong titah Sultan Johor tersebut dan menggesa rakyat negara ini supaya memupuk rasa tanggungjawab yang tinggi demi mengekalkan keamanan negara.

“Orang ramai perlu sentiasa mengamalkan pendekatan yang mampu menjamin kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan negara ini.

“Kestabilan negara adalah aset rakyatnya. Aset ini perlu dijaga rapi bagi mengekalkan momentum yang dimulakan pemimpin terdahulu,” ujarnya.

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »