Home / Berita / MBM terima kunjungan rasmi Menteri Sumber Manusia, Belia dan Sukan Maldives

MBM terima kunjungan rasmi Menteri Sumber Manusia, Belia dan Sukan Maldives

Kuala Lumpur, 18 Julai 2012 – Majlis Belia Malaysia telah menerima kunjungan rasmi delegasi daripada Republik Maldives yang diketuai oleh Encik Moham Mohamed Hussain Shareef iaitu Menteri Sumber Manusia, Belia dan Sukan republik tersebut dan diiringi Encik Mohamed Ghassan Maumoon selaku Timbalan Menteri serta Encik Hassan Khalid iaitu penasihat Pesuruhjaya Tinggi Republik Maldives ke Malaysia. Sesi pertemuan selama hampir satu jam tersebut telah dipengerusikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, Encik Mohamed Maliki Mohamed Rapiee bersama Encik Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM dan Encik Abdul Rizam Mohd Akhir selain wakil daripada Unit Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan iaitu En Lim Chow Kiat dan En R. Effendi.

Tujuan utama delegasi Republik Maldives berkunjung ke Majlis Belia Malaysia adalah untuk memperkasakan hubungan antara keduanya melalui aktiviti-aktiviti belia yang mana populasi belia dan budaya di kedua-dua buah negara adalah hampir sama. Antara aktiviti dan program yang dicadangkan ialah program pertukaran belia program perantisan antara kedua-dua buah negara. Wakil Republik Maldives juga menyatakan hasrat negaranya untuk menjadikan polisi belia di Malaysia sebagai panduan kepada polisi belia yang bakal digubal di republik tersebut kelak melalui kerjasama yang erat dengan Majlis Belia Malaysia. Selain itu, mereka mengalu-alukan pandangan dan nasihat daripada Majlis Belia Malaysia untuk usaha memperkasakan belia di republik tersebut.

Pertemuan tersebut juga telah menghasilkan perbincangan dan pertukaran buah fikiran oleh selain keunikan tersendiri kedua-dua buah negara yang menjadi tarikan. Pertemuan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada Majlis Belia Malaysia kepada wakil delegasi daripada republik Maldives.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »