Home / Akhbar / MBM perkenal talian bebas tol YCare bagi golongan belia

MBM perkenal talian bebas tol YCare bagi golongan belia

logobeliaEDITED

KUALA LUMPUR: Talian bebas tol YCare 1-800-88-3077, yang diperkenalkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) pada Oktober lalu, bertujuan memberi kemudahan kepada golongan belia menghubungi MBM. 
Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Abdul Rizal Mohammad Akhir berkata YCare berperanan membantu golongan belia dalam sebarang masalah atau isu seperti peluang pekerjaan, diskriminasi, masalah sosial, pendidikan atau perkhidmatan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata MBM berharap talian YCare akan menjadi medium perhubungan tambahan dan memudahkan golongan media berhubung dengan pihaknya.
Waktu perkhidmatan talian bebas tol YCare bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan dari 9 pagi hingga 1 tengah hari bagi Sabtu pertama dan ketiga. 
Talian YCare akan ditutup pada Sabtu kedua, keempat dan Ahad. – BERNAMA

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »