Home / Akhbar / Himpunan beliau tahun depan guna pendekatan `lautan biru’

Himpunan beliau tahun depan guna pendekatan `lautan biru’

NILAI 19 Julai — Himpunan Belia Putrajaya tahun depan mungkin diadakan selama seminggu dan melibatkan 500 acara menerusi pendekatan `lautan biru’, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, beliau juga akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan untuk memasukkan program itu dalam kalendar pelancongan negara.

“Program ini akan melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ia satu himpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat kita,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan bengkel kerangka kerja Hari Belia Negara 2012 juga berkata himpunan itu dijangka diadakan sama ada pada hujung Mei atau awal Jun.

“Kita harapkan sekretariat Himpunan Belia tahun depan akan dapat dibuka secepat mungkin,” katanya. – Bernama

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »