Home / Akhbar / Fiesta Belia raikan belia harapan

Fiesta Belia raikan belia harapan

200

BELIA merupakan penggerak perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu, belia pada hari ini perlu diperkukuh dengan kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan agar generasi pada masa hadapan mampu untuk menghadapi cabaran sezaman.

Melihatkan kepentingan golongan tersebut terhadap negara, Fiesta Belia 1Malaysia bakal meraikan mereka dengan pelbagai acara menarik bermula hari ini (Sabtu) hingga esok.

Fiesta selama dua hari itu bakal memberikan keutamaan dan dorongan semangat kepada mereka untuk memajukan Malaysia setanding dengan negara lain.

Buat mereka yang berminat untuk menyertai acara-acara yang diadakan sepanjang tempoh tersebut bolehlah mengunjungi Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), di Ibu Pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Serdang, Selangor.

Fiesta Belia 1Malaysia anjuran Worldwide Far East Bhd. (WFEB) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia adalah bagi meraikan golongan belia di negara ini.

Selain itu, Fiesta itu turut bermatlamat untuk mendedahkan pelbagai aktiviti yang diminati golongan remaja, belia dan masyarakat awam dalam memastikan masa mereka diisi dengan sebaik yang mungkin.

Secara tidak langsung, program seperti itu juga merapatkan lagi perpaduan di antara kaum, melahirkan remaja yang sihat dan menerapkan budaya bersukan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi.

Malah program tersebut turut membantu usahawan mempromosikan barangan, menaikkan serta memartabatkan golongan belia.

Dalam pada itu, fiesta tersebut akan bermula tepat pukul 7.30 pagi dengan tiga acara iaitu tarian santai, pertandingan memancing dan walk hunt.

Pada pukul 9 pagi hingga 1 petang pula akan diadakan acara street soccer, uji bakat Worldwide Star dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Pada pukul 2.30 hingga 4 petang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal merasmikan Perhimpunan dan Gagasan Pemimpin Belia 1Malaysia.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi memeriahkan majlis.

Manakala acara pertandingan audio lighting, tarian shuffle, menghias kek cawan dan pertandingan gusti lengan pula akan mengambil tempat kemudian.

Pada keesokkan harinya (24 Julai), kesemua belia dijemput untuk menyertai acara larian amal yang bakal bermula pada pukul 8 pagi.

Pada pukul 9 pagi hingga 4.30 petang pula, acara pameran kereta mini, super bike dan RC drift akan menjadi tumpuan utama bersama dengan persembahan silap mata oleh badut yang pastinya menghiburkan setiap pengunjung.

Fiesta tersebut akan diakhiri dengan acara mini konsert Fiesta Belia yang bakal bermula pada pukul 9 hingga 11 malam.

Maklumat lanjut mengenai Fiesta Belia 1Malaysia boleh diperoleh melalui laman www.event@worldwidefareast.com atau hubungi talian 03-84330204.

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »