Home / Minda Presiden / Bangun belia secara mapan

Bangun belia secara mapan

Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

BAJET 2012 sudah membuktikan kerajaan sangat prihatin kepada golongan belia dengan mewujudkan pelbagai dana khas untuk belia serta inisiatif lain yang menyentuh hati dan nurani belia. Paling jelas kepada penggerak belia ialah pertambahan peruntukan geran pentadbiran kepada Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan Belia Kebangsaan, negeri dan daerah.

Seterusnya inisiatif khas untuk mempertingkatkan idea kreatif anak muda serta kemahiran mereka. Bagi memastikan belia terbabit secara penuh dalam usaha membangun negara melalui gerak kerja kesukarelaan, kerajaan memperkenalkan 1M4U dengan bajet khas RM100 juta. Ramai yang mengakui belia antara golongan sangat bertuah kerana pelbagai perubahan dilakukan kerajaan dalam memenuhi kehendak mereka. Ini adalah pelaburan jangka panjang kerajaan terhadap rakyatnya.

Tiada siapa yang dapat menyangkal hakikat belia sangat diharapkan untuk mengambil tanggungjawab menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Mereka bakal mencorakkan peradaban bangsa Malaysia ke arah negara maju 2020.

Mengikut Dasar Pembangunan Belia dan Akta Pertubuhan Belia serta Pembangunan Belia Malaysia, belia ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur tidak kurang 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

Sehingga 2005, jumlah belia dianggarkan 11.1 juta atau 42.5% daripada keseluruhan penduduk negara. Memandangkan jumlah belia yang agak besar, sumbangan dan tanggungjawab mereka juga dilihat begitu besar.

Justeru, pembentangan Bajet 2013 hari ini diharapkan agar beberapa perkara dapat dipertimbangkan demi pembangunan belia secara mapan.

Pendidikan Harapan bagi Bajet 2013 yang pertama terarah kepada meningkatkan pendapatan belia. Kerajaan wajar menggiatkan lagi usaha ke arah mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang muda. Koridor baru ekonomi seperti Iskandar Malaysia, NCER dan Score harus didokong dan dipergiatkan bagi memastikan negara memiliki lokasi pelaburan dengan iklim ekonomi yang terus berkembang dan diyakini pelabur.

Ini akan memastikan negara dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan pembangunan yang mengakibatkan migrasi desa ke bandar secara tidak terancang. Pihak kerajaan juga harus melihat dengan serius kepada faktor yang menjadi penghalang kepada pembentukan golongan belia yang berpendidikan.

Pendidikan ini meliputi akademik dan kemahiran. Laluan kepada belia untuk memperoleh pendidikan tersebut perlu diberi peluang seluas-luasnya agar dapat dimanfaatkan kepada pembangunan negara.

Satu program khas untuk menangani kumpulan pelajar yang berpendapatan sederhana dan rendah dalam akademik harus dimulakan pada peringkat menengah rendah agar mereka tidak terus tercicir daripada arus kemajuan negara.

Sosial Belia juga mengharapkan kerajaan menyediakan keperluan asas yang terbaik khususnya dalam hal pengangkutan awam serta perumahan. Hakikatnya ramai anak muda yang bekerjaya baik tetapi tidak mampu memiliki rumah sendiri di ibu kota. Isu rumah ini sudah lama diperjuangkan kerajaan tetapi masih tidak dapat dicapai secara menyeluruh kerana memerlukan skim khas yang menarik minat pemaju, pembiaya dana serta golongan pembeli untuk bekerjasama menjayakannya. Masalah sosial kini semakin kompleks dan ia amat penting untuk ditangani secara menyeluruh. Gaya hidup bersosial dengan cara sihat harus diperkembangkan dengan membuat lebih banyak program, kempen dan kesedaran.

Kewujudan pertubuhan belia harus terus digalakkan dengan menyediakan dana program yang mampu mengekang belia daripada terjerumus kepada gaya hidup yang negatif.

Peruntukan khas bagi program intervensi dan rawatan sosial seperti mengatasi masalah ketagihan, kesihatan mental serta kriminal harus disediakan untuk kumpulan sasar ini yang jumlahnya semakin bertambah. Ibu-bapa muda Konsep BR1M yang diperkenalkan kerajaan tahun ini perlu diperluaskan dan diteruskan untuk ibu bapa muda berpendapatan rendah dengan memfokuskan kepada memenuhi keperluan asas anak seperti baucar pembelian lampin pakai buang, susu formula serta makanan bayi.

Ini memandangkan kos sara hidup semakin tinggi khususnya bagi penduduk bandar. Konsep BR1M untuk ibu bapa muda ini akan dapat memastikan zuriat yang dilahirkan tidak menjadi mangsa kemiskinan.

Program sokongan Harapan belia juga agar kerajaan dapat meningkatkan pembabitan beliawanis dalam perniagaan, termasuk meningkatkan hasil produk daripada rumah. Pembabitan beliawanis ini dapat memastikan golongan wanita membuat sumbangan signifikan kepada survival keluarga tanpa meninggalkan tanggungjawab sebagai ibu.

Seterusnya ia dapat mengurangkan gejala perceraian dan mengekalkan negara ini dalam budaya ikatan sosial yang seimbang. Ini akan menunjukkan bukti pengiktirafan negara terhadap sumbangan serta kreativiti golongan wanita negara dalam menghasilkan produk berkualiti dari rumah dan mempergiatkan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang diperakui banyak membantu pembangunan negara.

Program khas belia keciciran Dengan adanya program khas untuk belia keciciran ini, ia memberi ruang kepada belia agar dapat mempelajari dan menambah nilai diri sendiri mengikut kemampuan masing-masing.

Program khas ini dapat memberi belia kemampuan bersaing dengan pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif. Kerajaan perlu menyediakan dana khas agar memberi peluang kedua kepada kumpulan belia ini dengan mengundang pihak NGO, korporat serta agensi awam bagi berganding bahu menyediakan modul latihan serta laluan kerjaya bersesuaian. Kesimpulan Selama tempoh 55 tahun merdeka, kerajaan tidak pernah gagal menepati janji menyediakan keperluan rakyat tanpa mengira sama ada tahun tersebut ada pilihan raya atau tidak. Pastinya Bajet 2013 bukan bajet populis sebagaimana diperkenalkan Pakatan Rakyat yang kelihatan bernafsu besar memberi itu dan ini tetapi dalam masa sama ingin mengurangkan pelbagai polisi fiskal yang mendatangkan pendapatan besar buat negara.
Penulis Presiden MBM berkelulusan Sarjana Pendidikan (BImbingan dan Kaunseling) USM

 

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »