Home / Berita / 3rd University Scholars Leadership Symposium 2012 @ Bali

3rd University Scholars Leadership Symposium 2012 @ Bali

Pada tanggal 1 hingga 7 Ogos, seramai 400 orang anak muda dalam lingkungan umur 16 hingga 25 tahun dari 33 buah negara telah berkumpul di Bali, Indonesia untuk menghadiri 3rd University Scholars Leadership Symposium.  Program selama 7 hari ini merupakan medium terbaik bagi anak muda dari pelbagai latar belakang untuk memahami tentang isu-isu kemanusiaan di seluruh dunia di samping berpeluang mendengar pengalaman tokoh-tokoh kemanusian yang dapat memberi inspirasi kepada anak muda dalam mencorakkan masa hadapan yang lebih baik.  Antara isu-isu kemanusian yang diketengahkan ialah isu kemiskinan, penyeludupan kanak-kanak, dan bekalan air bersih.

Malaysia merupakan delegasi terbesar di dalam program ini yang telah membariskan seramai 61 orang belia dari institusi pengajian tinggi dan wakil-wakil NGO.  MBM telah diwakili oleh Syafiqah Abdul Rahim, Putri Balkis Mohamad Nor, dan M Ashrafil Azhan Ahmad sebagai peserta dan En Mohd Sukor Md Yusoff, Timbalan Presiden MBM dan En Hasnul Fairuz Hushin Amri, Exco Penerangan MBM telah bertindak selaku pemerhati manakala En Rizan Hassan daripada Persatuan Asrama Belia Malaysia merangkap ketua delegasi.  Kejayaan Malaysia dalam menghantar jumlah penyertaan yang ramai adalah sumbangan daripada Dana Belia 1 Malaysia, BN Youth Lab, Majlis Belia Malaysia, dan Persatuan Asrama Belia Malaysia.

Pada 31 Julai 2012, semua peserta Malaysia telah berkumpul di Kompleks Rakan Muda Puchong untuk menjalani Pre-Departure Training dan menghadiri Majlis Penyerahan Bendera Malaysia kepada ketua delegasi Malaysia ke Bali.  Seterusnya pada 1 Ogos 2012 semua delegasi Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Ngurai Rai Denpasar dan mendaftarkan diri dengan sekretariat Humanitarian Affairs London di Hotel Aston Denpasar Bali.  Pada 2 dan 3 Ogos 2012, semua peserta berpeluang mendengar pengalaman dan kisah tokoh-tokoh hebat yang telah memfokuskan seluruh kehidupan mereka untuk membantu individu-individu yang memerlukan bantuan seperti kanak-kanak dan ibu mengandung di Bali.

Seterusnya, pada 4 Ogos 2012, semua peserta telah dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil untuk mengupas tentang isu kemanusiaan di negara masing-masing dan keesokannya pada 5 Ogos 2012 merupakan hari learning journey yang mana setiap peserta perlu memilih aktiviti yang diminati seperti berbasikal, memasak, membina rumah, rafting, dan marine walk untuk dilakukan bersama-sama dengan kanak-kanak setempat.  Pada 6 Ogos pula, acara penutup telah diserikan dengan kehadiran wakil kemanusiaan PBB ke Indonesia dan tanggal 7 Ogos 2012, semua peserta telah mula meninggalkan Bali untuk membawa idea dan ilmu yang diperoleh sepanjang program berlangsung untuk dilaksanakan di negara msing-masing.
Kesimpulannya, program ini telah sedikit sebanyak memberi ilham dan inspirasi kepada semua peserta terutamanya generasi muda Malaysia terhadap isu kemanusiaan dan kesukarelaan yang penting untuk diterap dan diamalkan untuk mencorak masa depan negara yang lebih cemerlang.  “Mulakan dengan langkah kecil dan jangan takut untuk meninggalkan zon aman supaya hidup pada masa hadapan akan lebih bermakna” seperti yang telah diungkapkan oleh Geraldine Coz iaitu pengasas Sunrise Children Home Cambodia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.facebook.com/MalaysianYoungHumanitarians

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »