Home / Akhbar / 30,000 hadiri sambutan Hari Malaysia

30,000 hadiri sambutan Hari Malaysia

merdeka2011_harimalaysia2

Perayaan berganda dirai serentak di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Lebih 30,000 warga kota membanjiri Dataran Merdeka sejak 5 pagi, bagi menyambut perayaan berganda Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 yang diraikan dengan penuh gilang-gemilang serta berwarna-warni.

Perayaan yang turut diraikan serentak di seluruh negara itu, bertemakan ‘1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’, dimonopoli golongan belia yang juga peserta terbesar mengambil bahagian dalam persembahan pada kemerdekaan kali ini.

Seramai 10,000 peserta terdiri daripada pelajar, guru, polis, tentera, kakitangan kerajaan dan swasta mengambil bahagian dalam acara sambutan serta perarakan kemerdekaan kali ini.

Acara bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tepat pada jam 8 pagi. Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman tiba di perkarangan Dataran Merdeka.

Turut hadir barisan menteri Kabinet, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan duta serta pesuruhjaya tinggi asing di negara ini.

Upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi nyanyian lagu Negaraku dan tembakan meriam 14 das memulakan acara sambutan kemerdekaan. Ini diikuti bacaan ikrar Rukun Negara dilafazkan 54 orang generasi muda pelbagai kaum termasuk golongan kelainan upaya, diketuai pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, Klang, Muizzuddin Maarof, 18.

Mereka kemudian melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali dan ‘1Malaysia’ sebanyak tiga kali. Suasana di Dataran Merdeka bertambah meriah apabila 2,300 pelatih perguruan mempersembahkan nyanyian koir lagu Rukun Negara yang diterjemahkan melalui pergerakan formasi 2,500 pelajar sekolah sekitar Selangor.

Kontinjen 100 orang belia diketuai Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd Rapiee bagi mewakili Generasi 1Malaysia Cergas mendahului acara perarakan perbarisan dengan iringan lagu Malaysia Satu.

Ini diikuti Kontinjen Generasi 1Malaysia Berjaya terdiri Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; penyanyi, Aizat Amdan; pemuzik, Datuk Ahmad Nawab; pengarah filem, Datuk Yusof Haslam; juara bina badan, Datuk Malek Noor; pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang berarak menaiki Proton Lotus serta kenderaan klasik.

Sambutan kali ini turut membawa kelainan apabila buat pertama kalinya, pengunjung menyaksikan persembahan kawad dan tempur tanpa senjata gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia, selain bunyi 10 unit pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia menggegarkan ruang udara Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka kembali menjadi lokasi utama bagi sambutan kemerdekaan selepas dua tahun diadakan di tempat lain. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun lalu diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan Dataran Parlimen pada 2009.

About Putri Balkis

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »