Home / Akhbar / RM10j bagi semarakkan aktiviti belia – Najib

RM10j bagi semarakkan aktiviti belia – Najib

IMG_6741
15/05/2010 6:11pm

PUTRAJAYA — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan khas RM10 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menyemarakkan aktiviti belia di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata aktiviti itu mesti bersesuaian dengan tiga pendekatan iaitu “pembabitan”, “penyertaan” dan “pemerkasaan” bagi mendapatkan penglibatan lebih menyeluruh di kalangan belia.

“Menteri Belia dan Sukan serta MBM akan bantu para belia tetapi jangan manjakan mereka, bantu mereka dengan cara yang patut.

“Ini akan menyemarakkan lagi daya juang dan semangat pemimpin-pemimpin belia di seluruh tanah air. Para pemimpin belia adalah cerminan masa depan negara,” katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan Hari Belia Negara 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. – Bernama

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »