Home / Akhbar / RM10 juta biayai program belia

RM10 juta biayai program belia

hbn2010_pm hbn2010_1 hbn2010_ikrar hbn2010_maliki

Monday, 17 May 2010

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM10 juta menerusi Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membiayai program belia di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, kegiatan belia yang akan dilaksanakan itu perlu memenuhi tiga aspek iaitu ‘kehendak’, ‘penyertaan’ dan ‘pemerkasaan’ bagi mendapat-kan pembabitan yang menyeluruh daripada golongan berkenaan.

“Kita perlu menerima perubahan persekitaran dan bergantung kepada tiga elemen iaitu ‘engagement’ atau mendengar pandangan belia, ‘participative’ (memberi peluang penyertaan) dan empower, iaitu memberi tanggungjawab, kuasa dan peluang kepemimpinan berda-sarkan kemampuan mereka.

“Mereka sebenarnya boleh lahirkan pelbagai program yang masing-masing minati. Oleh itu, kita guna pendekatan ‘engage, perticipate, empower’ atau EPE ini dan saya percaya kita akan dapat pembabitan belia secara menyeluruh dalam semua aspek,” katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan Hari Belia Negara 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Najib berkata, kementerian dan MBM boleh merancang program yang memenuhi naluri belia dengan peruntukan berkenaan bagi menyemarakkan lagi daya juang pemimpin belia seluruh negara.

Najib berkata, kementerian dan MBM boleh merancang program yang memenuhi naluri belia dengan peruntukan berkenaan bagi menyemarakkan lagi daya juang pemimpin belia seluruh negara.

Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Belia Negara kepada pemenang sebagai pengiktirafan kerajaan kepada individu dan organisasi yang banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan belia.

Pemenang anugerah tahun ini ialah Othman Ahmad bagi kategori Kesukarelaan, Irmohizam Ibrahim (Kepimpinan), Mohd Kama Kaharmuzakir Kamarudin (Keusahawanan), Ramadan Mohd Taf (Wira Tani) dan Zahra Masoumah Abdul Halim (Daya Juang Malaysia Boleh).

Tokoh Jasa Belia Lelaki dimenangi Datuk Suhaimi Ibrahim, manakala Rozana @ Ojane Kamarulzaman bagi Tokoh Jasa Belia Wanita.

Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia ialah Persatuan Belia (MAYC) Teluk Ketapang, Terengganu, diikuti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Chini 3, Pekan, Pahang), dan Pertubuhan Belia Jati Murni Jaya, Kulai, Johor.

Bagi setiap pemenang individu, mereka menerima wang tunai RM7,000, piala iringan dan sijil penghargaan manakala bagi persatuan pula, pemenang pertama menerima wang tunai RM10,000, tempat kedua RM7,000 dan ketiga RM5,000.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »