Home / Akhbar / Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia ditubuh

Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia ditubuh

Friday, 26 February 2010

KUALA LUMPUR 26 Feb — Jemaah Menteri bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang akan memainkan peranan penting bagi menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian program pembangunan belia, umum Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai oleh 12 kementerian yang berkaitan, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan dan kehendak semasa, tetapi juga bagi menentukan generasi muda lebih produktif dalam pembangunan sosio-ekonomi negara di masa depan.

“Selain dari itu, jawatankuasa ini juga akan mempelopori pelbagai usaha bagi membentuk generasi muda hari ini sebagai generasi pewaris negara yang memainkan peranan penting meneruskan kesinambungan dan agenda pembinaan negara ke arah masa depan yang lebih cemerlang dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

— Bernama

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »