Home / Akhbar / 500 ahli parti, NGO bantah

500 ahli parti, NGO bantah

bantah_australia

Written by Administrator Monday, 22 February 2010

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Hampir 500 individu dari parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan berarak secara aman di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini.

Mereka berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan Australia yang dilihat cuba masuk campur dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu membabitkan ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan MIC, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Parti Makkal Sakti Malaysia serta Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Kesemua mereka dilihat berhimpun di sebuah restoran di jalan tersebut sebelum berarak ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia kira-kira 45 minit kemudian.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang kumpulan itu meneruskan perarakan dengan melaungkan slogan Mind your own business sambil membawa beberapa kain rentang.

Sepasukan anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkawal di pekarangan pejabat suruhanjaya tinggi itu seawal pukul 8 pagi.

Memorandum bantahan tersebut diserahkan secara berasingan oleh Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Datuk Razali Ibrahim, manakala Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dilihat memasuki laluan keselamatan di pejabat suruhanjaya tinggi terbabit pada pukul 10.05 pagi.

Ia diikuti oleh Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R. S. Thanenthiran pada pukul 10.40 pagi, manakala Timbalan Pengerusi BNBBC Datuk Bung Mokhtar Radin masuk 25 minit selepas itu bersama Datuk Ibrahim Ali.

Seramai 50 Ahli Parlimen Australia baru-baru ini meminta supaya kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar.

Berikutan tindakan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meminta Wisma Putra agar memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar perkara itu kepada Ahli Parlimen berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia itu berada dalam keadaan terkawal.

Beliau berkata, kesemua wakil pertubuhan yang menyerahkan memorandum hari ini tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu.

“Namun, tiada insiden yang luar biasa berlaku sepanjang perhimpunan kali ini dan polis tidak menahan mana-mana individu,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »