Home / Akhbar / NGO agama jamin ahlinya tidak terlibat

NGO agama jamin ahlinya tidak terlibat

maliki_new2013_150_225

PUTRAJAYA 28 Jan 2010. – Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama yang berdaftar di negara ini memberi jaminan tiada ahli mereka yang terbabit dengan beberapa kejadian serangan rumah ibadat kebelakangan ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, setiap ahli dalam pertubuhan itu telah diingatkan agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mengancam perpaduan negara.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya akan cuba mendapatkan gambaran daripada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu negara menangani masalah tersebut.

”Semua NGO telah membuat satu hebahan kepada ahli-ahli mereka supaya tidak terlibat dalam perkara yang mampu mengancam perpaduan negara.

”Malah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Pemuda Kristian akan turun ke padang untuk memberi penerangan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini.

Sehubungan itu, Maliki berkata, MBM akan menganjurkan majlis dialog antara agama dengan beberapa NGO tersebut termasuk Persatuan Pemuda Hindu Malaysia sebagai maklum balas terhadap kejadian tidak bertanggungjawab itu.

Maliki berkata, ahli-ahli MBM juga secara sukarela akan memantau laman web yang dipercayai cuba mencetuskan huru-hara antara kaum melalui kerjasama SKMM.

”Laman web seperti ini akan memberi kesan buruk kalau tidak ditangani dengan betul. Ia akan timbul suasana lain. Bukan sahaja isu orang yang mulakan laman tersebut tetapi mereka yang menjadi pengikutnya,” katanya.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »