Home / Kenyataan Akhbar / MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BELIAWANIS “OPS REDAH”

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BELIAWANIS “OPS REDAH”

KENYATAAN MEDIA

PUAN WAN SALWATI HJ ABDULLAH

NAIB PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BELIAWANIS “OPS REDAH”

Seperti sedia maklum, hujung tahun merupakan musim tengkujuh di Malaysia, suatu perubahan cuaca di mana Malaysia akan menghadapi cuaca hujan yang berlarutan. Ini akan menyebabkan kawasan tanah rendah dan kawasan berdekatan sungai akan menghadapi risiko besar di mana kemungkinan banjir berlaku. Banjir juga boleh berlaku melalui  pelbagai masalah termasuk saliran air tersumbat, saliran air tidak stabil, laluan sungai tersumbat dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi pada setiap musim tengkujuh. Setiap tahun, sekitar bulan Oktober hingga awal Januari adalah mimpi ngeri bagi mereka yang tinggal di Pantai Timur terutama bagi yang berada di kawasan Timur Johor, Kuantan, Kuala Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan.

Majlis Belia Malaysia melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Beliawanis ‘Ops Redah”. Misi bantuan ini merupakan salah satu daripada keperihatinan para belia terutama golongan beliawanis dalam membantu meringankan beban mangsa banjir. Memandangkan keadaan banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan, Pahang dan Terengganu terus meningkat. Menurut portal rasmi kerajaan negeri-negeri yang berkenaan, jumlah terkini mangsa yang dipindahkan ialah 13,746 orang berbanding 11,429 malam tadi. Di Kelantan, 4,127 mangsa dicatat pagi ini berbanding kira-kira 3,000 orang malam tadi dengan Pahang merekodkan 3,196 orang berbanding 2,329 malam tadi manakala di Terengganu, 6,550 orang berbanding 6,100, malam tadi, dan dikhabarkan juga semalam, dua nyawa telah terkorban di Kuantan akibat aliran arus deras.

MBM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menghantar bantuan melalui penyertaan 100 orang sukarelawan terlibat dalam misi ini dengan keutamaan diberi kepada belia wanita bersama keperluan harian bagi membantu mangsa banjir di mana tumpuan bantuan akan diberikan di Kuantan dan Kemaman. Pasukan ini akan ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa banjir di SK Geliga, Kemaman, Terengganu dan di Wisma Belia Negeri Pahang, Kuantan yang dijadikan pusat anak angkat pemindahan mangsa banjir MBM bagi mengerakkan aktiviti atau bantuan yang diperlukan sepanjang masa.

Misi kali ini menekankan penglibatan beliawanis dalam misi kemanusiaan bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran kepentingan golongan wanita muda untuk terlibat dalam misi yang lazim lebih banyak disertai oleh golongan belia lelaki. Penglibatan beliawanis juga bertujuan bagi memudahkan komunikasi dan mewujudkan ruang keselesaan di antara mangsa wanita dan kanak-kanak untuk akses kepada keperluan spesifik golongan ini.

Misi utamanya adalah kepada memantau, menyelaras dan menyeragam segala aktiviti dan tindakan semasa banjir dan selepas banjir. Kumpulan Misi Kemanusiaan ini akan berkhidmat di  Pusat Pemindahan Wisma Belia Negeri Pahang, Kuantan dan Sekolah Kebangsaaan Geliga, Kemaman. Diharapkan, melalui misi ini, semangat kesukarelaan dan keperihatinan belia dapat terus dijana dan disuburkan. Inisiatif ini juga dapat memperlihatkan penglibatan dan komitmen belia yang tidak putus-putus dalam mendampingi dan meringakan beban masyarakat di pringkat akar umbi.

MBM menggesa agar pihak berwajib dan yang berkenaan memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Kerjasama seluruh agensi secara bersepadu adalah amat dialu-alukan. MBM juga ingin menyeru kepada semua pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan agar dapat memberi bantuan segera dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa melalui sumbangan ikhlas yang akan disalurkan kepada mangsa bencana banjir dengan kadar segera. Kami juga memohon bantuan dari seluruh masyarakat dan sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Bencana MBM melalui akaun tabung 014020406146.

WAN SALWATI HJ. ABDULLAH

Naib Presiden MBM

merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

Tarikh : 5 Disember 2013

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »