MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ziarah Kasih dan ramah mesra antara pengisian Reach Out MB Kulai

KULAI 18 Okt – Majlis Belia Daerah (MBD) Kulai mengambil tempat sebagai tuan rumah program Reach Out MBD & Community telah berjaya dilaksanakan di Kampung Pertanian, Kulai Johor.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid telah menyertai setiap aktiviti yang diatur seperti ziarah kasih dan majlis ramah-mesra bersama anak muda di Gelanggang Futsal, Kg. Pertanian.

Kehadiran rombongan MBM telah disambut dengan persembahan silat selamat datang. Sesi Ikonik Reach Out iaitu sesi ‘Cucur dan Kopi’ merupakan sesi santai Presiden MBM bersama belia-belia setempat.

Kesempatan ini juga Presiden MBM telah berkongsi mengenai hala tuju dan persediaan MBM serta persatuan belia dalam menghadapi perubahan Akta 668 yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2026 selain inisiatif kerajaan buat anak muda dan sebagainya.

Turut hadir Sdr. Mohammad Alif Dato A Rahim, Presiden MBN Johor, Setiausaha Agung MBN Johor, Sdr. Mohd Mustaqim Hasan dan Exco MBM, Sdr. Mohd Nor Syawaludin Abd Malik.

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui Rakan Muda yang menjadi pendokong utama di samping Chery Malaysia dan Projek Belia Mahir yang menjadi rakan strategik utama dalam menjayakan program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »