Home / Siapa Kami

Siapa Kami

image_pdfimage_print

logo MBM 3D - gifPENGENALAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

OBJEKTIF

Objektif-objektif utama majlis ialah :

Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.

Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa.

Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang.

Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia.

Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.

Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.

KEAHLIAN

Keahlian MBM adalah terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan Majlis-Majlis Belia Negeri di Malaysia yang mendukung matlamat serta usaha MBM.

Sesebuah pertubuhan belia kebangsaan layak menjadi badan gabungan jika ia mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli perseorangan dan bergerak sekurang-kurangnya di enam daripada empat belas buah negeri di Malaysia.

Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik, dan bergerak sebagai pertubuhan sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan, di samping keahlian itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Sekarang ini terdapat 38 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta sebuah badan bersekutu yang bergabung dengan MBM (hampir kesemua pertubuhan belia di Malaysia) dengan jumlah ahli perseorangan tidak kurang dari 3 juta orang.

Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu; Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia Pelajar.

i. Organisasi Belia Biasa

Organisasi Belia Biasa ini merupakan pertubuhan belia yang memberi tumpuan kepada aktiviti sosio-ekonomi. Mereka merupakan kumpulan yang terbesar dan mempunyai rangkaian di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung (akar umbi). Antara persatuan yang terlibat dalam kategori ini ialah :

1. Gerakan Belia 4B Malaysia
2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
3. Majlis Belia Felda Malaysia
4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
5. Pergerakan Pemuda Malaysia
6. Persatuan Asrama Belia Malaysia
7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10. Persatuan Belia Sikh Malaysia
11. Persatuan Belia Thai Malaysia
13. Junior Chamber Malaysia
14. Majlis Belia India Malaysia
15. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia

ii. Organisasi Belia Beruniform

Organisasi belia beruniform kebanyakannya ditubuhkan di zaman penjajahan British pada awal abad ke 20. Aktiviti organisasi ini lebih tertumpu kepada gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan organisasi pertubuhan dalam kategori ini terdapat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Persatuan-persatuan tersebut ialah :

1. Briged Putera Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
4. Persekutuan Pengakap  Malaysia
5. St. John Ambulans Malaysia
6. Pergerakan Puteri Islam Malaysia

iii. Organisasi Belia Agama

Organisasi yang terletak di bawah kategori ini menjadikan agama sebagai landasan gerakan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan hidup beragama di kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini ialah :

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia

iv. Organisasi Belia Pelajar

Organisasi belia yang termasuk dalam kategori ini kebanyakkan daripada golongan masyarakat melayu. Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang termasuk dalam kategori ini ialah :

1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

v. Majlis Belia Negeri

Majlis Belia Negeri merupakan badan penyelaras belia peringkat negeri. Kecuali Sabah dan Sarawak, semua negeri-negeri mempunyai majlis belia negeri masing-masing.

BADAN GABUNGAN MBM

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Briged Putera Malaysia
3. Briged Puteri Malaysia
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
5. Gerakan Belia 4B Malaysia
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
16. Persekutuan Pengakap  Malaysia
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
19. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri Perlis
22. Majlis Belia Negeri Kedah
23. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
24. Majlis Belia Negeri Perak
25. Majlis Belia Selangor
26. Majlis Belia Negeri Sembilan
27. Majlis Gabungan Belia Melaka
28. Majlis Belia Negeri Johor
29. Majlis Belia Negeri Pahang
30. Majlis Belia Negeri Terengganu
31. Majlis Belia Negeri Kelantan
32. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
33. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
34. Majlis Belia Sabah
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Majlis Belia India Malaysia
37.Junior Chamber International Malaysia
38.Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia

BADAN BERSEKUTU MBM

39. Persatuan Belia Sikh Malaysia

PERHUBUNGAN

i. Hubungan dengan Kerajaan

MBM mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan, terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan belia dan gerakan belia. MBM juga turut bekerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan samada sebagai perunding atau jawatankuasa dalam beberapa badan yang ditubuhkan oleh agensi berkenaan.

ii. Hubungan dengan lain-lain badan bukan kerajaan

MBM saling menjalinkan hubungan baik dengan lain-lain agensi bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna, Alam Sekitar, PEMADAM, Pergerakan Wanita, Persatuan Kebajikan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia,  dan sebagainya.

iii. Hubungan dengan Pertubuhan Antarabangsa

Dalam hubungan antarabangsa, MBM mengamalkan Dasar terbuka dan liberal tetapi selari dengan Dasar Luar Negara kerajaan. MBM sentiasa memperkukuhkan hubungan antarabangsanya di samping terlibat secara aktif menyertai program-program antarabangsa yang dianjurkan.

Keutamaan hubungan antarabangsa MBM ialah melalui pertubuhan peringkat sub-regional, regional dan antarabangsa lainnya. Dalam hal ini, pertubuhan-pertubuhan yang menjadi keutamaan MBM dalam Dasar Luarnya adalah CAYC, AYC, WAY dan lain-lain.

STRUKTUR

Perhimpunan Agung merupakan peringkat tertinggi dalam menentukan dasar dan pendirian Majlis, Perhimpunan yang bersidang setahun sekali ini juga bertanggungjawab memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, menerima dan meluluskan laporan tahunan, penyata dan neraca kewangan. Setiap badan gabungan menghantar perwakilan ke Perhimpunan ini.

Di bawah Perhimpunan Agung ini terdapat Dewan Tertinggi yang dianggotai oleh Jawatankuasa Kerja MBM dan seorang wakil dari tiap-tiap badan gabungan MBM. Dewan Tertinggi adalah quasi-legistive dan bertanggungjawab menentukan dasar, pendirian serta program MBM yang tidak dapat diputuskan oleh Perhimpunan Agung. Di samping itu Dewan Tertinggi juga berkuasa memandu perjalanan Jawatankuasa Tetap dan Khas yang dilantiknya.

Kemudian terdapat pula Jawatankuasa Keja (EXCO) yang berfungsi sebagai badan petugas Majlis. Jawatankuasa Kerja yang dipilih oleh Perhimpunan Agung ini terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Kehormat, dua belas orang Ahli Jawatankuasa Kerja dan seorang wakil dari Kementerian Belia dan Sukan sebagai ex-officio. Jawatankuasa Kerja melaksanakan semua program selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung dan Dewan Tertinggi.

Berikut terdapat Jawatankuasa  Tetap yang bertugas dalam perkara-perkara tertentu seperti Pentadbiran, Hal Ehwal Antarabangsa, Kewangan, Penerangan, Pendidikan, Pembangunan, Perindustrian, Pertanian, Hari dan Minggu Belia Negara dan Hal Ehwal Wanita. Bagi melaksanakan tugas-tugas selain daripada  yang dinyatakan di atas, MBM telah membentuk beberapa Jawatankuasa Khas seperti Bangunan, Integrasi Nasional, Sukarelawan, Remaja, Anti Dadah dan lain-lain.

Seterusnya terdapat sekretariat yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran, perhubungan dan perkhidmatan. Sekretariat MBM diketuai oleh Setiausaha Agung dengan dibantu seramai 8 orang kakitangan sepenuh masa.

Introduction

THE Malaysian Youth Council (MYC) is the national umbrella body of youth organisations in Malaysia. The council was established on July 23, 1948. It has three million members in 40 affiliates.

MYC aims to instil in Malaysian youths an integrated character in terms of mind, body and spirit. It also promotes responsibility, independence, volunteerism and patriotism as youths are the protagonists towards the progress and prosperity of the people, religion and nation.

Its aim is to achieve the objectives of the National Youth Development Policy in accordance with Vision 2020.

The MYC focuses on the demands of youths to be heard, their issues to be addressed and their roles upgraded.

Its main target is to establish integrated and inter-sectoral youth development to determine national development and revive the youth movement to build a strong Malaysian youth identity.

MYC achieves its targets by strengthening youth organisations through idealism, activism and intellectualism. It also encourages the exploration of new fields in youth and national development and heightens the spirit of volunteerism among youths.

2 comments

Leave a Reply

Skip to toolbar