MAJLIS BELIA MALAYSIA

MALAYSIAN YOUTH VOLUNTEER COMMUNITY (MYVOC)

Kesukarelaan adalah satu aktiviti yang murni dalam setiap masyarakat di seluruh dunia. Ia melepasi sempadan budaya, agama, masyarakat dan boleh dijadikan sebagai suatu kerja ibadah di dalam hidup.

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui inisiatif Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia atau Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) menjadi medium menghimpunkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran bagi merencana dan melaksanakan kerja kesukarelaan secara lebih efisien.

MyVOC ditubuhkan pada 25 Ogos 2015 dengan matlamat asalnya mengumpul sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesionalisme untuk dijadikan model dan asas bagi merencana SOP (Standard Operating Procedure) kerja sukarela serta melaksana program-program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada.

Keperluan mempunyai sukarelawan dari pelbagai bidang ini adalah penting kerana pengalaman pengurusan bencana yang lalu memerlukan sukarelawan yang mempunyai kemahiran seperti :

1. Kumpulan Pendawaian & automotif
2. Kumpulan Radio Amatur & SAR
3. Kumpulan Perubatan
4. Kumpulan Kenderaan Bermotor
5. Kumpulan Pendidikan & Latihan
6. Kumpulan Kulinari & Hospitaliti
7. Kumpulan Sukarelawan Sokongan OKU
8. Kumpulan Bantuan Guaman
9. Kumpulan Sokongan Kesihatan Mental
10. Kumpulan Alam Sekitar

Untuk itu, MBM bersama-sama rakan NGO MYVOC akan terus mempergiatkan gerakan sukarelawan seumpama ini atas kesedaran akan kepentingannya bukan sahaja di dalam negara kita, malah dapat membantu dalam menyumbang demi kemakmuran sejagat.

Daftar untuk sertai MYVOC https://bit.ly/SUKARELAWANMYVOC

Translate »