Home / Sertai kami – Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC)

Sertai kami – Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC)

myvoc-logo

PENGENALAN

MBM dan KBS secara rasminya telah menubuhkan Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) pada 25 Ogos 2015 di mana komuniti ini akan diterajui oleh Sahabat Majlis Belia Malaysia yang akan bertindak mengumpul sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesionalisme untuk dijadikan model dan asas bagi merencana SOP kerja sukarela serta melaksana program-program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada.

Keperluan mempunyai sukarelawan dari pelbagai bidang ini adalah penting kerana pengalaman pengurusan bencana yang lalu memerlukan sukarelawan yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, seperti sukarelawan yang membantu membetulkan rumah, sukarelawan yang mengajar atau memberi motivasi kepada anak-anak, sukarelawan yang membantu dalam menyediakan makan minum dan lain-lain.

Dalam kata lain komuniti ini juga akan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam mengesan kes-kes yang memerlukan perkhidmatan dan bantuan, disamping menjadi sukarelawan yang peka dan komited dengan kerja-kerja kebajikan masyarakat berasaskan tujuh (7) kumpulan sasar berikut iaitu:

  1. Kanak-kanak
  2. Keluarga
  3. Warga Emas
  4. Orang Papa
  5. Orang Kurang Upaya (OKU)
  6. Mangsa Bencana

Kesukarelaan sering memberi fokus kepada nilai-nilai dan prinsip perkongsian, kerjasama dan tolong-menolong sesama manusia dalam melaksanakan suatu aktiviti atau menangani sesuatu permasalahan. Ianya akan dilakukan secara berkumpulan dengan kepakaran yang pelbagai.

SASARAN BIDANG PROFESIONAL / BUKAN PROFESIONAL

Antara bidang pilihan adalah :

  1. Kemahiran pertukangan/wiring
  2. Radio Amatur dan SAR
  3. Kumpulan Perubatan
  4. Kumpulan Kenderaan Bermotor
  5. Pendidikan
  6. Media fotografi dan videografi
  7. Pengurusan Bencana
  8. Kulinari/Masakan
  9. Kumpulan Sukarelawan Sokongan OKU
  10. Bantuan Guaman

Sila pilih bidang anda sebagaimana berikut;

  1. Profesional / Jika anda seorang yang telah mempunyai kepakaran atau kemahiran dalam mana-mana bidang sebagaimana di atas, sila daftar di sini
  2. Bukan Profesional / Jika anda tidak mempunyai sebarang kepakaran tetapi berminat untuk menyertai mana-mana bidang sebagaimana di atas, sila daftar di sini

Daftar / Login / Edit Profile di sini

Reset Forgotten Password